
Didakwa Buat Muzik Video Kontroversi & Berbaur Sindiran, Namewee Kena ‘Gam’ Di China
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Rapper dan penulis kontroversi, Namewee sekali lagi menjadi topik hangat namun kali ini bukan membabitkan netizen di Malaysia sebalikya netizen di China selepas dia menghasilkan sebuah lagu bertajuk Fragile yang didakwa menghina negara tersebut dan rakyatnya.
Lagu duet tersebut yang dinyanyikan Namewee bersama Kimberley Chen, penyanyi dari Australia yang menempa nama di Taiwan mula meraih perhatian ramai sebaik Muzik Video (MV) nya dilancarkan di Youtube pada 15 Oktober.
MV dan lagu tersebut telah menimbulkan kontroversi apabila kebanyaka netizen disana mendakwa ianya sebagai menyokong kemerdekaan Hong Kong dan Taiwan dari China.
Didakwa guna lirik kiasan dan tersirat
Meskipun muziknya disifatkan cathcy dan lirik seolah bercerita tentang melukai hati seseorang yang ‘rapuh’, lagu berkenaan menurut netizen di China hanyalah kiasan dan mempunyai maksud tersendiri.
Malah props dan warna tema serba merah jambu yang digunakan Namewee didalam MV tersebut sengaja memerli kumpulan ‘Little Pinks’, kumpulan ‘geng bawang’ di China yang menyokong nasionalis China dan merupakan penyokong setia Presiden, Xi Jinpin.
Namewee's (黃明志) songs are always fun and include a lot of languages. This one is particularly special and has now earned him a spot on the hall of ban in China. Here is a quick thread of references used in Fragile (玻璃心) Let me know if I miss anything.
— Ngor Luong (@ngor_luong) October 19, 2021
“I’m So Sorry”
— Ngor Luong (@ngor_luong) October 19, 2021
Being forced to apologizehttps://t.co/5tqkaEk4el
Bukan itu sahaja penggunaan elemen kelawar didalam video tersebut mencalarkan sensitiviti rakyat China seolah mengaitkan mereka dengan virus Covid-19 yang didakwa berasal dari China.

Kontroversi tersebut kemudiannya menyebabkan Namewee dan Kimberley Chen kini digam dan disekat dari China
Bahkan akaun Weibo kedua mereka turut disekat oleh agensi penapisan China tidak sampai beberapa hari lagu tersebut dilancarkan.
A song can have double meanings or even many meanings. I didn't mean to hurt anyone's feelings, It's just what they are willing to get from this song.
— NameweeOfficial (@NameweeO) October 24, 2021
Kimberley Chen 陳芳語 https://t.co/3FijzVu7iE
Namun Namewee kemudian menjelaskan yang dia langsung tidak ada menyebut mengenai pembebasan Hong Kong dan Taiwan. Menurutnya dia adalah seorang rakyat Malaysia justeru soalan tersebut sepatutnya di tanya oleh rakyat dua negara tersebut.
Malah dia menerusi Instagram turut menjelaskan yang dia adakah seorang berbangsa cina justeru apakah keperluannya untuk menghina orang China.
“Saya adalah orang cina. Adakah saya menghina diri saya?
“Saya tidak pernah menyebutnya (kemerdekaan Hong Kong dan Taiwan). Jika kamu tidak mempercayainya, kamu boleh melakukan carian.
Tak menyesal hasilkan lagu tersebut
“Mengenai soalan ini, kamu sepatutnya bertanya kepada penduduk Hong Kong dan Taiwan apa pendapat mereka. Saya adalah rakyat Malaysia. Saya tidak boleh bercakap bagi pihak mereka (rakyat Hong Kong dan Taiwan).” kata Namewee di Instagram dipetik dari Variety.
Namun Namewee menegaskan dia adalah seorang yang percaya pada demokrasi dan tidak pernah menyesal menghasilkan lagu tersebut meskipun karya berkenaan menyebabkan dia kini digam di China.
Difahamkan lagu tersebut kini menduduki carta no 1 di Hong Kong, Taiwan dan beberapa lagi negara malah menjadi siulan anak muda.
A very PINK song #Fragile by extremely talented Chinese Malaysian artist #Namewee and Australian Kimberly Chen, banned by China but topped the Taiwan YouTube music chart. Innovative lyrics 😉 https://t.co/JlXqAneaon
— Bi-khim Hsiao 蕭美琴 (@bikhim) October 20, 2021