fbpx
Now Reading
“Lagu Ni Sedap… Tapi Suara Iqbal Hanya Level Karaoke” – Azmeer

“Lagu Ni Sedap… Tapi Suara Iqbal Hanya Level Karaoke” – Azmeer

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini nama usahawan yang juga bekas pembantu peribadi jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida, iaitu Iqbal telah menjadi perbualan hangat netizen dan penggemar dunia muzik.

Semua gara-gara pelancaran single pertamanya, Hujan yang telah rasmi dilancarkan di Youtube pada 1 November 2021.

Bukan setakat trending dan sudah ditonton lebih 1 juta orang hanya dalam 2 hari, ramai yang turut memuji vokal Iqbal atau nama penuhnya Ahmad Iqbal Zulkifli, meskipun ini merupakan percubaan pertamanya sebagai seorang penyanyi profesional.

Malah ada yang merasakan tone dan suaranya cocok dengan lagu tersebut yang mendapat sentuhan komposer-komposer dan penulis lirik hebat seperti Oja,Zai Hamzah, Eric Fuzi dan Achoi Floor 88.

Baca artikel berkaitan : “Not Bad..! ” 440 Ribu Tontonan Tak Sampai Sehari Dilancarkan, Netizen Puji Suara Iqbal Dalam Lagu ‘Hujan’ [MV]

Namun reaksi berbeza diberikan komposer dan penulis lirik ternama,  Dr. Azmeer Abu Bakar yang berpendapat kualiti vokal Iqbal hanyalah biasa-biasa dan tidak lebih seperti penyanyi karaoke.

Tak teragak menolak jika Iqbal datang untuk rakam lagu

“Maaf nak cakap, bukan kata tak sedap tapi sekadar level karaoke yang biasa-biasa saja” kata Azmeer.

Jelasnya terdapat jutaan orang yang boleh menyanyi dengan kualiti tersebut dan dia tidak akan teragak-agak untuk menolak sekiranya Iqbal mendekatinya untuk merakamkan lagu.

“Saya rasa berjuta orang boleh nyanyi macam tu Kalau dia datang kepada saya untuk jadi artis rakaman saya akan reject,” kata pemegang Ijazah Kedoktoran (PhD) Muzik di Universiti Utara Malaysia (UUM)dipetik dari mStar.

“Lagu ni sedap.. bagila peluang penyanyi lebih elok”

Azmeer dalam masa sama turut meninggalkan pesanan kepada Iqbal agar dia dapat memberikan peluang kepada penyanyi lain untuk menyanyikan lagu tersebut kerana menurutnya karya tersebut begitu bagus.

Saya nasihat Iqbal cuba fikir-fikirkan kalau ada penyanyi yang lebih baik menyanyikan lagi tersebut, bagilah peluang kepada penyanyi yang lebih elok.

Sebab lagu ni sedap, muzik sedap, lirik pun bagus, tajuk pun bagus, akan tetapi nyanyian Iqbal biasa. Itu pendapat saya, jangan kecil hati. Saya jenis terus terang, saya tak cakap belakang-belakang.

Terdahulu Kosmo melaporkan Azmeer meminta golongan usahawan agar tidak memperlekehkan industri seni muzik tanah air dengan terjun menjadi penyanyi hanya untuk meraih publisiti.

Jelasnya mereka yang tiada bakat menyanyi seharusnya melupakan hasrat untuk memeriahkan industri muzik bagi tujuan ‘marketing’ atau publisiti.

Perlu ada pemantauan agar penyakit ini tidak melarat

“Bagi saya, perlu ada pemantauan dan penapisan daripada pihak atau agensi berkaitan agar ‘penyakit’ ini tidak terus melarat. Nak keluarkan single, tiada masalah tapi sedarlah bahawa bidang seni muzik bukan platform atau gelanggang ‘permainan’ publisiti.

“Biarlah orang yang betul-betul berbakat dan mempunyai usaha untuk menjadikan industri ini sebagai punca rezeki untuk ceburkan diri. Kalau buat single untuk tujuan mengkomersialkan nama atau produk perniagaan, nasihat saya, tolong berhenti,”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.