“Perangai Awak Tu Elok Sangat Ke? ” – Diana Danielle Tempelak Gadis Twitter Dakwa Arwah Zulfarhan Punca Kes Buli

Umum pasti mengetahui pesalah yang membuli Pegawai Kadet Laut UPNM, Arwah Zulfarhan Osman hingga menyebabkan kematiannya sudahpun dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada isnin lalu.

Hakim, Datuk Azman Abdullah menjatuhi hukuman 18 tahun penjara terhadap 6 dari mereka selepas didapati bersalah membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman Zulkarnain tanpa niat.

6 tertuduh berkenaan bersama 12 lagi rakan mereka turut dijatuhkan hukuman pejara 3 tahun selepas didapati bersalah kerana mencederakan Allahyarham.

Namun disebalik hukuman tersebut, laman Twitter menjadi hangat apabila seorang gadis seolah mendakwa Allahyarham menjadi punca kejadian buli tersebut.

“Kau tak nak tanya apa punca semua ini? Kau tak nak tahu perangai arwah macam mana sampai boleh jadi seperti ini?” ciap gadis tersebut di dalam Twitter miliknya.

Dakwaan tersebut mengejutkan dan mengundang kemarahan rata-rata netizen. Malah ianya turut menarik perhatian aktres terkenal, Diana Danielle.

Berang dengan tuduhan berkenaan, Diana Danielle menerusi Insta Story-nya menempelak gadis tersebut dan berpendapat dia tidak sepatutnya berpihak kepada pembuli apatah lagi mahkamah sudah pun menjatuhkan hukuman.

“Pandainya bercakap. Perangai awak tu elok sangat ke sampai layak untuk hidup ?

“Dia dah nyahaktif akaun Twitter rasanya tapi kenyataaannya membuatkan saya membuak. ” tulis Dianna.

“Keadilan untuk Zulfarhan. Hentikan budaya membuli didalam institusi (latihan pakaian seragam)

“Membina jati diri tiada kena mengena dengan membuli. Tindakan membuli sudah banyak mengakibatkan kematian jadi bagaimana saya dapat terus mendiamkan diri.

“Saya juga punyai anak. Ini sangat membimbangkan apabila ada orang seperti dia boleh berpihak kepada pembuli dan penindas!

‘Undang-undang sudah bersuara dan semua mereka akan menjalani hukuman. Kami tidak perlukan pendapat anda,” tulisnya lagi.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Bukan Paku, Rupanya Serpihan Besi Skrap Jadi Punca Puluhan Kereta Rosak Di Lebuhraya Karak

Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…

2 hours ago
  • Trending

“Tak Pelah Wangi Bilik Nek” – Reaksi Santai Nenek Lihat Cucu Main Bedak Jadi Perhatian [Video]

Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Remaja Tular Bakar Anak Kucing Hidup-hidup Sudah Ditahan Polis

Sebelum ini, rakaman CCTV kejadian di Flat Kenari, Kajang itu tular di media sosial hingga…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Enggan Pergi Kelas Mengaji, Remaja Reka Cerita Dirinya Diculik

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, hasil soal siasat dan rakaman percakapan mangsa, saksi dan…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

Pemain Terengganu FC (TFC) itu juga didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh…

4 hours ago
  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

20 hours ago