fbpx
Now Reading
Fast & Furious : Mahu Berbaik Semula, Vin Diesel Akhirnya Pujuk The Rock Untuk Buat Comeback

Fast & Furious : Mahu Berbaik Semula, Vin Diesel Akhirnya Pujuk The Rock Untuk Buat Comeback

Vin Diesel dilihat merendahkan egonya demi janji mereka terhadap mendiang Paul Walker.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini aktor Hollywood terkenal, Dwayne Johnson atau The Rock telah membuat keputusan untuk menarik diri dari sekuel filem popular, Fast & Furious.

Semuanya gara-gara salah faham di antara dia dengan seorang lagi pelakon utama Fast & Furious iaitu Vin Diesel.

Meskipun perkara ini bukan satu lagi isu baru kerana mereka berdua memang kerap bergaduh ‘manja’, namun keputusan The Rock itu nyata mengecewakan peminat memandangkan ramai yang mengharapkan agar mereka berdua dapat kembali bergandingan.

Terbaharu, Vin Diesel akhirnya tampil memujuk The Rock agar kembali bersama mereka di dalam Fast & Furious 10.

Menerusi satu luahan panjang lebar di Instagramnya, Vin yang menggelarkan bekas ahli gusti itu sebagai keluarga meminta The Rock untuk kembali demi janji mereka kepada mendiang Paul Walker.

“Adikku Dwayne, masanya sudah tiba. Dunia menanti pengakhiran Fast 10. Beberapa tahun lalu saya pernah beritahu yang saya akan memenuhi janji saya kepada Pablo (Paul Walker). Saya bersumpah bahawa kita akan mencapai dan berikan yang terbaik untuk Fast 10!” 

Tambah Vin lagi, watak Luke Hobbs hanya sesuai untuk The Rock dan tidak boleh dimainkan oleh orang lain, justeru mereka mahukan dia untuk kembali memegang watak berkenaan.


“Kamu perlu munculkan diri, jangan biarkan francais (Fast and Furious) ini terbiar. Kamu ada peranan yang sangat penting untuk dimainkan. Hobbs tidak boleh dimainkan oleh orang lain. Saya harap awak bangkit dan penuhi takdir awak.”

Perkongsian tersebut nyata mendapat pujian ramai apabila Vin dilihat merendahkan egonya demi kebaikan filem tersebut selain menunaikan janji mereka terhadap mendiang Paul Walker.

Malah ramai yang turut meminta The Rock untuk kembali bersama selepas dia terlepas prequel filem tersebut yang terbaru.

Sebagai rekod, hubungan Vin dan The Rock sudah mula berantakan sejak 2016 malah bekas ahli gusti itu mengakui mereka berdua langsung tidak merakam apa-apa babak bersama sewaktu pembikinan The Fate of the Furious.

Salah faham tersebut kemudian berterusan di mana The Rock langsung tidak muncul dalam Fast Furious 9 sebaliknya dia memberikan fokus pada satu lagi spinoff iaitu filem Hobbs & Shaw, bergandingan bersama Jason Statham sebagai watak utama.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.