fbpx
Now Reading
Insiden Di Festival Astroworld, Travis Scott Disaman RM4.16 Juta

Insiden Di Festival Astroworld, Travis Scott Disaman RM4.16 Juta

Selain Scott, rakan selebriti, Drake yang tampil membuat kejutan turut berdepan saman sama.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tragedi sewaktu konsert rapper terkenal, Travis Scott di Festival Astroworld, Texas 5 November lalu nyata mengejutkan dunia hiburan.

Mula berlaku selepas lebih 50,000 pengunjung konsert yang hadir berasak-asak hingga berlakunya rempuhan, insiden tersebut akhirnya menyebabkan 8 orang maut manakala ratusan lagi tercedera.

Susulan insiden tersebut, LiveNation selaku penganjur kemudian bertindak membatalkan persembahan seterusnya termasuk yang akan berlangsung pada keesokan harinya.

Terkejut dan terkesan dengan apa yang terjadi, Travis Scott kemudiannya memaklumkan akan membiayai kos upacara pengebumian kesemua mangsa yang terkorban pada malam itu selain membantu keluarga mereka.

Namun itu tidak cukup untuk menghilangkan kemarahan orang ramai dan netizen yang merasakan dia sepatutnya menghentikan persembahan sebaik mengetahui ada di kalangan penonton yang tercedera.

Malah insiden sewaktu kejadiaan turut tular di media sosial sehingga menyebabkan namanya menjadi trending khususnya di laman Twitter.

Terbaharu, Scott kini berdepan tindakan undang-undang apabila seorang dari mangsa yang tercedera bertindak memfailkan saman sebanyak US$ 1 Juta (RM4.16 juta)

Selain Scott, rakan selebriti, Drake yang tampil membuat kejutan turut berdepan saman sama.

Menurut saman yang difailkan Kristian Paredes, 23 tahun di Mahkamah Harris County, Houston, Scott dan Drake seolah menggalakkan kekecohan sehingga keganasan itu terjadi sekaligus meragut beberapa nyawa.

Namun setakat ini tiada sebarang kenyataan balas yang dikeluarkan oleh penghibur berkenaan berhubung saman tersebut.

Menerusi laporan BBC, mereka turut berdepan beberapa lagi saman susulan dari apa yang terjadi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.