fbpx
Now Reading
Kerap Beri Nasihat Pada Anak, Iwan Bersyukur Aprena & Oktovia Manrose Kini Sudah Bertudung

Kerap Beri Nasihat Pada Anak, Iwan Bersyukur Aprena & Oktovia Manrose Kini Sudah Bertudung

Iwan turut menjelaskan tidak pernah memaksa sebaliknya lebih banyak menasihat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Peminat dunia muzik tempatan di era 90-an pasti cukup kenal dengan penyanyi, Iwan yang memegang gelaran Raja Dangdut di Malaysia.

Namun itu hanyalah cerita lama, Iwan yang lebih selesa dengan panggilan Iwan Syahman kini lebih dikenali sebagai individu yang berdakwah dengan carannya yang tersendiri iaitu menerusi muzik ketuhanan.

Terbaharu, Iwan meluahkan rasa gembira apabila kedua anak perempuannya iaitu aktres, Aprena Manrose dan Oktovia Manrose yang sudah berhijrah dan bertudung.

Menerusi laporan mStar, Iwan atau nama sebenarnya Wan Syahman Wan Yunos menjelaskan dia tidak pernah memaksa mereka sebaliknya lebih menggunakan pendekatan menasihati agar mereka berubah ke arah kebaikan.

“Saya selalu jumpa anak-anak saya tarbiah. Saya kata ini rezeki kamu, kamu kena fikir bahawa rezeki ini jangan berterusan kamu kena berubah.”

“Bila dua orang anak saya Aprena dan Oktovia bagitahu, papa saya dah tutup aurat. Alhamdulillah bagus.”

“Tapi untuk mengubah mereka bukan saya tapi Allah. Saya sebagai bapa hanya menasihati mereka untuk berubah,” katanya.

Masih kekal berhubungan

Tambah Iwan lagi, meskipun dia kini sudah berkahwin serta mempunyai keluarga sendiri , dia sama sekali tidak pernah memutuskan hubungan dengan anak-anaknya.

Malah dia juga akan terus mendoakan mendoakan membimbing mereka ke jalan Allah.

Saya tidak akan putuskan hubungan dengan mereka. Saya hanya berdoa kepada Allah. Macam Oktovia ada minta doakan dia istiqamah terus berhijab,” ujarnya

Bercerita mengenai perjalanan hijrahnya, Iwan menjelaskan beliau kini sibuk dengan program terbarunya iaitu Hijrahkan Laguku yang berbentuk Islamik.

Dia lebih banyak mengubah lagu-lagu hitnya dahulu kepada lirik islamik dan tidak akan menyanyikan lagu lamanya meskipun atas permintaan peminat.

“Saya keluarkan lagu-lagu yang sudah tukar liriknya. Kalau ada yang minta saya nyanyikan lagu dulu-dulu.. minta maaf saya tidak akan menyanyikannya.

“Sebab dulu saya tak faham, saya rasa menyesal, kesalahan saya dulu Allah bukakan. Saya hidup dalam lautan tidak bertepian, ini perjalanan hidup saya” katanya lagi dipetik dari mStar.

Sebagai rekod, Aprena dan Oktovia Manrose adalah anak hasil perkahwinan Iwan dan bekas isterinya, pelakon, Allahyarham Rosnah Mohd Noor yang telah meninggal dunia pada 2013.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.