“Jangan Terlalu Benci, Nanti Suka” – Netizen Usik Caprice, Bangkitkan Isu Lama Kutuk Orang Kelantan
Perkongsian tersebut nyata menarik perhatian memandangkan nasihat tersebut sudah lama digunakan oleh orang-orang tua di Malaysia.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tiada angin tiada ribut, usahawan yang juga penyanyi rap terkenal, Caprice semalam mengejutkan orang ramai selepas mengumumkan yang dia sudah selamat bernikah dengan wanita pilihannya, Farra Inalis.
Baca artikel berkaitan: Caprice Sah Bergelar Suami Kepada Ibu Tunggal Dari Kelantan
Penikahan tersebut bukan setakat mengejutkan orang ramai malahan turut menarik pelbagai respon berbeza dari masyarakat selepas orang ramai mengetahui yang isterinya itu berasal dari Kelantan.
Ini menyebabkan netizen antaranya seorang pengguna Twitter, @nabilfikran10 mula mengusik nakal pasangan berkenaan memandangkan Caprice sebelum ini pernah memuat naik posting sinis membabitkan individu dari negeri pantai timur itu.
Sebab tu jangan terlalu benci, nanti lama-lama suka
Menerusi ciapan tersebut, dia turut berkongsi beberapa tangkap layar video yang menyentuh ulasan Caprice mengenai orang di Kelantan antaranya membabitkan pemahaman Bahasa Inggeris mereka selain isu kebersihan.
Namun Caprice sudah pun memohon maaf mengenai semua isu tersebut selepas menyedari kenyataan yang dikeluarkannya telah menyinggung perasaan pelbagai pihak.
Perkongsian tersebut nyata menarik perhatian memandangkan nasihat itu sudah lama diguna pakai oleh orang-orang tua dan ‘orang lama’ di Malaysia.
Ada yang turut berkongsi pernah berdepan isu sama, namun ada juga segelintir yang merasakan isu ini sudah tidak patut dibangkitkan memandangkan rapper berkenaan sudah pun tampil memohon maaf.
Malah ada di kalangan netizen yang berpendapat orang ramai tidak patut memperlekehkan perkahwinan seseorang kerana apa yang dilakukan pasangan ini adalah perkara yang mulia.
Apa-apa pun, tahniah Caprice dan Farra Inalis! Selamat pengantin baru dari BuzzKini!