fbpx
Now Reading
Ikut Pendapat Orang Ramai, Watak Papa Zola Sah Digugurkan Dalam Filem BoBoiBoy Akan Datang

Ikut Pendapat Orang Ramai, Watak Papa Zola Sah Digugurkan Dalam Filem BoBoiBoy Akan Datang

Rata-rata peminat dilihat bersedih dengan keputusan berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kami yakin semua pasti kenal dan cukup tahu kewujudan Animasi BoBoiBoy terbitan Animonsta Studios.

Boleh dikatakan, hampir kesemua watak yang ditampillkan adalah ikonik dan menjadi kegeraman ramai.

Malahan watak orang dewasa di dalam filem berkenaan seperti Papa Zola yang terkenal dengan tagline ‘kebenaran’ juga mempunyai peminatnya sendiri.

Namun semalam, Pengasas dan CEO Monsta,  Nizam Abd Razak  mengumumkan bahawa watak tersebut akan digugurkan daripada filem BoBoiBoy akan datang.

”Selepas membaca komen dan feedback anda semua: Confirmed: Papa Zola will be dropped for next BoBoiBoy Movie.

“Idea untuk fusionkan Papa Zola dan Gopal pun tidak diterima. Papablo Esgopal is sad.” kata Nizam menerusi satu hantaran di Facebook.

Hantaran Nizam yang juga pelakon suara Papa Zola itu kemudian turut dikongsikan oleh laman rasmi facebook BoBoiBoy.

Pengumuman tersebut nyata mencuri perhatian peminat animasi tersebut di mana rata-ratanya dilihat bersedih dengan keputusan berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata dilihat mahukan pihak Montsa untuk mempertimbangkan keputusan yang dibuat dengan kembali menyerapkan Papa Zola di dalam animasi tersebut.

Namun jika dilihat pada kenyataan yang dikeluarkan Nizam, Papa Zola bukanlah digugurkan sepenuhnya. Dia mungkin tidak akan terlibat di dalam filem terbaharu namun akan terus dikekalkan di dalam siri animasi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.