fbpx
Now Reading
Selepas Beberapa Rakan Selebriti, Kini Giliran Iman Troye Pula Hiasi Billboard Di Times Square NYC

Selepas Beberapa Rakan Selebriti, Kini Giliran Iman Troye Pula Hiasi Billboard Di Times Square NYC

Dengan penampilan itu, Iman kini bergelar artis berhijab ketiga dari Malaysia yang pernah menghiasi billboard ikonik tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya bakat muzik di Malaysia terus mendapat pendedahan di pentas muzik global dan antarabangsa. 

Sebelum ini, beberapa selebriti tempatan seperti penyanyi terkenal Yuna, Layla Sania, dan kumpulan Dolla telah mencipta nama apabila wajah mereka menghiasi papan iklan ikonik di Times Square, New York.

Kini giliran seorang lagi penyanyi, Iman Troye pula mengharumkan nama negara apabila muncul di papan iklan yang sama.

Dengan penampilan itu, Iman kini merupakan artis berhijab ketiga dari Malaysia yang muncul menghiasi billboard terkenal tersebut selepas Yuna dan Layla Sania.

Gembira dan bersyukur dengan perkara tersebut, Iman turut dillihat berkongsi foto berkenaan di akaun Instagram miliknya.

“So glad to be beatured..”

“Mama muka adik kat billboard! Alhamdulillah!

“So glad to be featured on Equal, representing Malaysia & Singapore on New York City Times Square! Terima kasih semua!!” tulis Iman menerusi ruangan kapsyen.

Difahamkan penampilan Iman yang mewakili Malaysia dan Singapura pada Billboard terkenal tersebut adalah sebahagian daripada kempen Equal oleh platform penstriman digital tersohor dunia, Spotify.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur atas penghormatan ini. Ia satu kejayaan yang besar buat saya yang masih agak baru dalam industri muzik tempatan.

“Apatah lagi sebagai seorang penyanyi wanita Malaysia yang berhijab. Saya berharap akan dapat terus memenuhi harapan para peminat.

“Selain itu, saya turut berterima kasih atas segala doa dan sokongan yang tidak pernah padam daripada keluarga, rakan-rakan serta peminat saya,” kata Iman.

Iman sebelum ini mula mencuri perhatian rakyat Malaysia menerusi media sosial apabila menghasilkan lagu cover artis tempatan.

Dia kemudian mencipta fenonema apabila tampil dengan single pertama Teman yang sudah meraih lebih 45 juta tontonan di laman Youtube.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.