fbpx
Now Reading
Haqiem Rusli Sah Bergelar Suami Kepada Anis Sofea [Video]

Haqiem Rusli Sah Bergelar Suami Kepada Anis Sofea [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi terkenal, Haqiem Rusli yang selamat melangsungkan pernikahannya sebentar tadi bersama gadis pilihan hati, Wan Anis Sofea.

Pasangan ini sah bergelar suami isteri dengan dua kali lafaz dalam sebuah majlis ringkas yang mengikut prosedur operasi standard (SOP) iaitu secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga terdekat di Masjid Raja Fisabilillah, Cyberjaya pada jam 3.40 petang.

Menerusi rakaman live yang dikongsikan di Instagram Haqiem dan foto dimuat oleh jurugambar, Aqo Imran, pasangan ini dilihat sama cantik dan sama padan apabila mengenakan pakaian sedondon berwarna kelabu.

Foto : Aqo Imran

Haqiem difahamkan telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 selain wang hantaran RM100,000.

Foto : Aqo Imran

Beberapa lagi video turut dikongsikan di akaun Instagram oleh perancang majlis , Ben Signature Event.

Haqiem sebelum ini mengejutkan peminat dan orang ramai apabila mengumumkan tarikh pernikahannya sewaktu Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-34 (ABPBH34).

Pasangan ini difahamkan mula menjalin cinta selepas bersama-sama mengusahakan sebuah kedai makan di Setapak, Kuala Lumpur.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.