fbpx
Now Reading
Gara-gara Tak Dengar Album Terbaru Adele Sebelum Temubual Ekslusif, Pengacara Digantung Tugas

Gara-gara Tak Dengar Album Terbaru Adele Sebelum Temubual Ekslusif, Pengacara Digantung Tugas

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penggemar muzik pasti tahu yang penyanyi terkenal antarabangsa, Adele baru sahaja melancarkan album terbaharunya, ’30’.

Ini merupakan album ke- 4 oleh penyanyi tersebut selepas kali terakhirnya mengeluarkan album sekitar 6 tahun lalu.

Bukan sahaja mendapat sambutan peminat, album tersebut turut mendapat liputan meluas media antarabangsa termasuk saluran Channel 7 dari Australia.

Namun siapa sangka, kesilapan seorang pengacara yang tidak mendengar album 30 sebelum menemuramah Adele akhirnya menyebabkan dia digantung tugas selama dua minggu.

Difahamkan tindakan itu dikenakan apabila dia gagal menyiarkan perkongsian temubual yang dilakukannya bersama Adele di London beberapa minggu lalu selepas penyanyi itu dilaporkan tersinggung dengan pengakuannya.

Matt Doran yang mengendalikan program Weekend Sunrise, di Channel 7, Australia bersama dua lagi rakan kru difahamkan terbang sejauh 16,000 km dari Sydney ke London untuk menemu bual penyanyi popular itu sebagai sebahagian daripada pakej hak cipta rangkaian berkenaan yang bernilai AS$1 juta (RM4.18 juta).

Mengaku belum dengar album ketika ditanya oleh Adele

Namun temu bual yang diadakan bersama Adele bukanlah temu bual biasa, sebaliknya temu bual ekslusif mengenai pelancaran album 30.

Menurut laporan Telegraph, dia yang menemubual Adele selama 20 hingga 30 minit bagaimanapun gagal menanyakan sebarang soalan berhubung album tersebut.

“Semasa Adele bertanya pandangannya mengenai album baharu berjudul 30, Doran mengakui dia masih belum mendengarnya,” dipetik dari laporan itu.

Mungkin tersinggung dengan pengakuan itu, Adele kemudian dilihat berlalu pergi.

Ada sumber dakwa Adele bertanya selepas temubual

Namun ada sumber lain yang mengatakan Adele hanya bertanyakan soalan tersebut selepas temubual berkenaan tamat.

Meskipun temubual itu dirakam awal, label muzik Sony kemudian meminta Seven Network untuk tidak menyiarkan mana-mana bahagian di dalam wawancara tersebut. 

Kesal dengan apa yang terjadi, Doran menerusi satu temu bual kemudian memohon maaf di atas kesalahannya dan mengakui terlepas pandang mengenai email yang dihantar mengenai pra tonton lagu tersebut.

“Saya akui ini adalah kelalaian namun ia tidak disengajakan. Ini adalah e-mel paling penting dan saya akui terlepas pandang,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.