
Spotify Kini Buang Fungsi Shuffle Pada Album Atas Permintaan Adele
Jika ditafsirkan, ia seolah orang ramai sedang menonton suatu cerita namun bahagiannya dilangkau hingga penceritaannya menjadi mengelirukan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pengguna Spotify pasti tahu yang aplikasi tersebut secara automatik akan memainkan lagu secara rawak sekiranya anda memilih untuk mendengar sesebuah album.
Diaktifkan secara lalai (default) sejak dahulu lagi, fungsi shuffle ini bagaimanapun tidak digemari oleh segelintir pengguna platform penstriman berkenaan.
Namun kini tidak lagi apabila Spotify sudah pun mula membuang fungsi berkenaan sekaligus membenarkan lagu dimainkan secara turutan sekiranya anda menekan butang play pada album.
Difahamkan semua ini dilakukan Spotify untuk semua pengguna Spotify Premium selepas pelancaran album terbaharu penyanyi terkenal, Adele iaitu ’30’.
Setiap lagu di dalam album mempunyai ceritanya sendiri
Adele menerusi satu ciapan menjelaskan yang dia telah mencadangkan kepada Spotify untuk mengubah perkara itu memandangkan setiap lagu yang berada di dalam album mempunyai ceritanya tersendiri.
This was the only request I had in our ever changing industry! We don’t create albums with so much care and thought into our track listing for no reason. Our art tells a story and our stories should be listened to as we intended. Thank you Spotify for listening 🍷♥️ https://t.co/XWlykhqxAy
— Adele (@Adele) November 21, 2021
Malah menurutnya ia juga umpama satu cerita dan perlu mengikut turutan. Dengan ini, peminat dan pendengar dapat memahami dan lebih menghayati apa mesej yang ingin disampaikan oleh seseorang pemuzik.
Jika ditafsirkan kenyataan Adele, ia seolah orang ramai sedang menonton sebuah ‘cerita’ namun bahagiannya dilangkau secara rawak kepada bahagian tertentu dan mungkin boleh mengelirukan jalan cerita yang sebenar.
“Apa sahaja untuk kamu”
Yang menariknya ciapan Adele turut mendapat perhatian Spotify yang menjawab ringkas : “Anything for you” seolah mengesahkan mengubah perkara itu demi Adele.
Anything for you 🙏✨
— Spotify (@Spotify) November 21, 2021
Buat penggemar fungsi Shuffle pula, usah risau kerana fungsi ini masih lagi boleh diaktifkan secara manual.
Sebagai rekod, kesemua lagu Adele di dalam album tersebut kini tersenarai sebagai Top Gloval Debut Song dari 19 -21 November 2021.