fbpx
Now Reading
Nora Umum Sudah Bernikah Dengan Sahabat Baik Arwah Johan

Nora Umum Sudah Bernikah Dengan Sahabat Baik Arwah Johan

Nora atau nama penuhnya Wan Norafizah Ariffin bagaimanapun memohon maaf kerana tidak menghebahkan perkara tersebut lebih awal.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi terkenal Datuk Nora Ariffin, 48, malam tadi mengumumkan yang dia kini sah bergelar isteri kepada Dr Rushdi Ramli, yang juga sahabat baik kepada Allahyarham suaminya.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Nora atau nama penuhnya Wan Norafizah Ariffin bagaimanapun memohon maaf kerana tidak menghebahkan perkara tersebut lebih awal.

Jelasnya dia tiada berniat untuk tidak menghebahkan perkahwinan itu sebaliknya sekadar melaksanakan perkara wajib mengikut tuntutan agama saja.

Ini kerana menurutnya perkahwinan adalah satu ibadah dan terlalu peribadi untuk dikongsikan.

Umum berita gembira sempena ‘Sayyidul Ayyam’

“Saya berpegang kepada prinsip bahawa perkahwinan adalah satu ibadah dan ia terlalu peribadi untuk dikongsikan. Bukan kerana ingin bermegah-megah, jauh sekali untuk mencari publisiti.

“Sempena malam Jumaat yang juga Sayyidul Ayyam, saya dengan rendah diri dan bersyukur ke hadrat Allah SWT ingin memaklumkan sudah bertemu jodoh dengan hamba Allah yang juga sahabat baik arwah Johan sejak kecil lagi.

“Jodoh, rezeki dan ajal adalah rahsia Allah yang sudah ditentukan. Saya menerimanya dengan penuh sabar, reda dan syukur. Hanya kebaikan yang saya harapkan. Saya juga memohon supaya semua insan yang saya kenali dan peminat untuk mendoakan saya mendapat keluarga sakinah mawaddah warahmah, dipermudahkan urusan, diberkati, diredai Allah SWT dunia dan akhirat. Insya-Allah,” katanya.

“Saya mohon peminat dan insan yang mengenali saya menitipkan doa buat saya semoga mendapat keluarga sakinah, mawaddah dan warrahmah.

“Moga dipermudahkan segala urusan, diberkati, diredai Allah SWT dunia dan akhirat. Insya-Allah,” kata Nora lagi.

Menerusi laporan Berita Harian, Dr Rushdi merupakan Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul di Universiti Malaya.

Sifatkan perkahwinan ke-2 sebagai takdir

Nora dalam masa sama mengakui, sifat prihatin Dr Rushdi membuatkan pintu hati terbuka menerima lamaran daripadanya. Malah menurutnya perkahwinan tersebut juga adalah takdir yang sudah ditentukan untuk mereka.

“Beliau adalah insan pertama melamar, membantu saya dan anak-anak pada saat berdepan tekanan serta tidak punya apa-apa. Suami mengajar saya erti sabar, reda dan percaya pada ketentuan Tuhan,”

“Saya tidak pernah mencarinya dan suami juga tidak mencari saya. Tetapi, Allah menemukan kami. Suami juga sayangkan arwah Johan dan Alif. Moga jodoh kami diberkati,”

Sebelum ini media sosial hangat dengan khabar angin yang kononnya Nora sudah melangsungkan pernikahan secara senyap-senyap dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Nora bagaimanapun tampil menafikan gosip liar tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.