fbpx
Now Reading
“Tak Dapat Gambarkan Betapa Gembiranya Saya..” – Elyana Kini Bebas Kanser Selepas 11 Tahun Berjuang

“Tak Dapat Gambarkan Betapa Gembiranya Saya..” – Elyana Kini Bebas Kanser Selepas 11 Tahun Berjuang

Dia mula menjalani beberapa siri rawatan kemoterapi dengan yang pertama pada 24 September 2021.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui yang penyanyi wanita, Elyana sebelum ini bergelut dengan penyakit kanser limfoma yang dihidapinya sejak 10 tahun lalu.

Keadaannya yang sedikit merosot menyebabkan Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal terpaksa dimasukkan ke hospital pada September lalu bagi menjalani beberapa siri rawatan kemote­rapi semula selepas kali terakhir melakukannya pada tahun 2016.

Dia kemudian mula menjalani beberapa siri rawatan kemoterapi dengan yang pertama pada 24 September 2021.

“Perjuangan dan penantian selama 11 tahun saya berhasil ..”

Siapa sangka dengan kuasa dan izin Allah SWT, Elyana sebentar tadi menerusi satu perkongsian di Instagram mengumumkan berita gembira kepada orang ramai bahawa dia kini bebas kanser.

Memanjatkan rasa syukur kepada Maha Esa, penyanyi lagu Kalis Rindu itu memaklumkan yang sel kanser di dalam badannya sudah hilang selepas lebih 11 tahun berjuang.

Dia dalam masa sama turut meluahkan rasa gembira kerana penantiannya selama ini berhasil.

“Hari ini saya ingin berkongsi rasa gembira dan bersyukur saya dengan anda semua..
Perjuangan dan penantian selama 11 tahun saya berhasil!!!!! Kanser saya hilang!!!!!

Alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah,kau telah mendengar doa kami.. Tak dapat saya gambarkan perasaan gembira say. Terlalu lama tak dapat rasa gembira ada tubuh yang sihat.. Aku pernah putus asa untuk berjuang.Aku selalu cemburu dengan kesihatan orang.. Tapi aku sangat percaya dengan keajaiban dari sang pencipta ku.

Alhamdulillah ini kemoterapi ke-5

Menerusi satu lagi hantaran, Elyana memaklumkan yang dia baru sahaja menyelesaikan rawatan kimoterapinya yang ke-5.

Menerusi hantaran tersebut, Elyana turut berkongsi sekeping foto memperlihatkan diriya sedang tersenyum girang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya termasuk rakan selebriti dilihat mengucapkan tahniah dan kalimah alhamdulillah sebaik mengetahui berita gembira tersebut.

Ramai yang turut mendoakan agar Elyana terus diberikan kesihatan yang baik. Alhamdulillah…

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.