“Tak Kenal Dia, Ingat Peminat Nak Ambil Gambar” – Rossa Nafi Kenali Iqbal
Rossa bagaimanapun mengakui ada menemui seorang rakyat Malaysia yang ingin bergambar dengannya di sebuah acara.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum pasti mengetahui bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida, Ahmad Iqbal Zulkifli yang kini bergelar usahawan dan penyanyi sudah pun membawa dirinya ke Indonesia.
Yang menariknya tidak sampai beberapa hari di sana, Iqbal difahamkan telah berpeluang bertemu penyanyi terkenal, Datuk Rossa sewaktu menghadiri tayangan perdana filem Love Knots.
Media kemudian melaporkan Iqbal ada meluahkan hasrat untuk mendekati dan mengenali Rossa dengan lebih mendalam.
Malah Iqbal juga dilihat banyak meninggalkan komen pada posting yang dimua tnaik Rossa di Instagram.
Baca artikel berkaitan : “Saya Suka Tengok Dia, Humble, Tak Gedik..” – Iqbal Zulkifli Nak Kenal Rossa Dengan Lebih Mendalam
Rossa nafi kenali Iqbal
Namun terbaharu, Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handiyani yang ditemuramah sewaktu sidang media lagu baharu ‘Terlalu Berharap’ menafikan dia mengenali ahli perniagaan berkenaan.
Dia bagaimanapun mengakui ada menemui seorang rakyat Malaysia yang ingin bergambar dengannya sewaktu berada di sana.
“Maaf, saya tidak kenal siapa dia. Tetapi, pada hari itu (ketika hadir di acara tayangan perdana filem) memang ada seseorang yang bertemu saya dan perkenalkan dirinya dari Malaysia untuk minta bergambar sama.
“Saya okey saja jika peminat minta bergambar dan sesudah itu terus berlalu. Kami tak bercakap apa-apa pun, kerana saya fikirkan dia hanya peminat,” katanya dipetik dari Harian Metro.
Tiada masalah untuk berkawan
Rossa bagaimanapun menjelaskan dia tidak mempunyai masalah sekiranya ada sesiapa yang ingin berkenalan sebagai rakan dengannya.
“Kalau sekadar mahu kenalan tidak apa-apa. Saya okey saja kerana boleh bersahabat seperti rakan-rakan yang lain juga,” katanya.