fbpx
Now Reading
“Kami Tak Langgar SOP, Video Itu Baru Lepas Sesi Fotografi” – Raysha Rizrose

“Kami Tak Langgar SOP, Video Itu Baru Lepas Sesi Fotografi” – Raysha Rizrose

Menurut Raysha, setiap tetamu diwajibkan memakai pelitup muka, namun video yang tular adalah selepas sesi fotografi bersama pengantin.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam media sosial hangat memperkatakan mengenai penularan video di majlis resepsi pasangan selebriti, Kamal Adli dan Uqasha Senrose yang didakwa telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) PPN Fasa 4.

Sehubungan itu polis memaklumkan telah membuka kertas siasatan berhubung video berkenaan yang difahamkan dirakam di sebuah vila di Genting Highlands, Bentong Pahang pada 15 Disember lalu.

Baca artikel berkaitan : Tular Video Majlis Perkahwinan Selebriti Didakwa Langgar SOP, Polis Akan Siasat Tetamu Yang Hadir

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, pihaknya akan memanggil pasangan pengantin sebaik selesai mengerjakan umrah dan pulang ke tanah air.

“Pengantin, tetamu, penganjur dan pemilik villa yang berkaitan akan dipanggil untuk membantu siasatan.

“Tak apa, pengantin tunaikan amal ibadah (umrah) mereka dahulu, tunggu balik… dah selesai kuarantin barulah kita akan panggil. Ini hanya kes melanggar SOP,” katanya kepada mStar.

Namun terbaharu, adik kepada Uqasha, iaitu pelakon Raysha Rizrose tampil menafikan terdapat sebarang perlanggaran SOP sewaktu majlis berlangsung.

Dia yang juga pengiring pengantin pada majlis malam itu menjelaskan setiap tetamu yang hadir diwajibkan memakai pelitup muka, namun video yang tular adalah selepas sesi fotografi bersama pengantin, lapor Harian Metro.

“Tiada istilah melanggar SOP pun sebab jumlah tetamu yang hadir memang sangat terhad dan mengikut garis panduan yang ditetapkan kerajaan. 

“Tetamu yang datang pada hari itu hanya kaum keluarga dan rakan terdekat sahaja.  Mereka yang datang wajib menjalani ujian saringan RTK Antigen, lengkap dua dos vaksin Covid-19, memakai pelitup muka, mengimbas kod MySejahtera dan kanak-kanak tidak dibenarkan hadir. 

“Nak dijadikan cerita, video yang tular itu berlaku selepas sesi sesi fotografi dengan pengantin. Jadi, ketika itu memang saudara-mara serta kenalan rapat ada yang membuka pelitup muka sekejap.”

Menjelaskan sedia memberi kerjasama sekiranya dipanggil pihak polis, Raysha bagaimanapun yakin rata-rata mereka yang hadir mempunyai kesedaran tinggi terhadap bahayanya virus itu apatah lagi sudah dua tahun Malaysia berdepan pandemik.

“Perkahwinan Kamal dan Uqasha yang berlangsung tempoh hari adalah hasil kerjasama dengan Astro yang juga dikenali sebuah stesen TV yang sangat pentingkan SOP.

“Bagi saya, kalau buat majlis makan-makan atau kenduri di rumah pun, takkanlah kita semua mampu menjaga penjarakan selama 24 jam. Ia sesuatu yang tidak boleh dikawal. Namun, sudah tentulah masing-masing mempunyai kesedaran dan tanggungjawab untuk memastikan diri berada dalam keadaan yang baik selain memakai pelitup muka dan mematuhi SOP.

“Takkan masa nak makan pun kita masih nak pakai pelitup muka? Sesi bergambar pun ada tetamu yang memilih pakai pelitup muka serta tidak untuk merakam detik bahagia dengan pengantin. Jadi saya ingin tegaskan tiada istilah tidak mengikut SOP,” katanya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.