“Dah Sihat Kau Post Macam Nazak.. ” – Bonda Rozita Selamba ‘Sekolahkan’ Aliff Syukri
Dia secara berseloroh turut meminta Aliff agar berhenti berkongsi apa-apa di sosial media meskipun mempunyai banyak masa lapang.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Media sosial sejak semalam hangat memperkatakan mengenai pendedahan usahawan kosmetik, Dato’ Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang memaklumkan dia disahkan positif Covid-19 tahap tiga.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Aliff Syukri turut mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua yang mengenalinya kerana khuatir umurnya yang tidak panjang.
Baca artikel berkaitan : Disahkan Positif Tahap Tiga, Aliff Syukri Mohon Maaf Khuatir Umur Tak Panjang
Pendedahan tersebut membuatkan ramai mula menzahirkan rasa simpati dan mendoakan agar jutawan kosmetik itu diberikan kesembuhan.
Namun siapa sangka posting tersebut kurang disenangi oleh ibu kepada usahawan itu sendiri iaitu Rozita Ibrahim.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Rozita Ibrahim atau lebih mesra dengan panggilan Bonda Rozita tampil ‘memarahi’ Aliff kerana menurutnya dia sengaja mencari publisiti dengan video sedih.
Menurut Bonda Rozita, anaknya itu sememangnya disahkan positif Covid-19 sebelum ini, namun keadaannnya semakin baik dan pulih.
Tambahnya Aliff sewaktu membuat posting hanya meminta maaf kepada netizen walhal dia sepatutnya memohon kemaafan darinya.
Dia secara berseloroh turut meminta Aliff untuk berhenti berkongsi apa-apa di sosial media memandangkan dia mempunyai banyak masa lapang kerana sedang dirawat.
“Kau jangan nak poyo sangat Syukri . Kau tak ada kerja kat sana . Tangan kau gatal menaip bagai nak rak.
“Duduk sana sorang-sorang jangan kasi orang risau – dah sembuh pun kan, tak payahlah nampak nazak sangat.”
Bonda Rozita
Kau memang raja viral kan?
Apa yang lebih menimbulkan kemarahan Bonda Rozita apabila Aliff dilihat menggunakan video tersebut untuk menimbulkan kerisauan di kalangan orang lain. Malah dia menjadi lebih ‘naik angin’ apabila gagal menghubungi anaknya itu untuk berterus terang kepada orang ramai.
Malah menerusi ruangan komen dia turut melampiaskan kemarahan ala-ala ibu-ibu semasa berbalas komen dengan pengikutnya.
Aliff tampil perjelas hal sebenar
Jutawan tersebut kemudian tampil menerusi satu lagi hantaran bagi menjelaskan situasinya yang sebenar.
Menurut Aliff, dia sebelum ini memang agak tenat ekoran dari jangkitan berkenaan. Namun keadaannya semakin pulih walaupun masih lagi ditahan dan dirawat di sebuah hospital swasta di ibu negara.
Malah dia turut melampirkan bukti yang menunjukkan dia telah disahkan Covid-19.
“Sebenarnya saya telah dimasukkan ke hospital 4-5 hari yang lepas dan sekarang masih di wad. Bukan sekadar gimik ya, saya memang tak nak inform sesiapa waktu saya tengah lemah sebab saya pitam terlalu sakit. Bila saya dah sedar dan beransur pulih baru saya post video tu.”
Aliff Syukri
Sudah dimasukkan ke hospital 4-5 hari lepas
Apa-apa pun kami di BuzzKini mendoakan agar Aliff Syukri dan semua yang sedang dijangkiti wabak maut ini agar segera diberikan kesembuhan dan dipermudahkan urusan.