fbpx
Now Reading
Disahkan Positif Tahap Tiga, Aliff Syukri Mohon Maaf Khuatir Umur Tak Panjang

Disahkan Positif Tahap Tiga, Aliff Syukri Mohon Maaf Khuatir Umur Tak Panjang

Aliff dalam masa sama turut memohon doa orang ramai agar dia diberikan kesembuhan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

“Kepada semua sahabat kenalan atau sesiapa sahaja yang mengenali saya, saya memohon kemaafan sekiranya pernah menyakiti awak, ” itu yang diluahkan usahawan kosmetik, Datuk Sri Aliff Syukri selepas disahkan positif Covid-19.

Aliff menerusi satu hantaran di Instagram berkongsi kepada orang ramai bahawa dia telah dijangkiti Covid-19 tahap tiga yang memberi kesan kepada sistem pernafasannya.

Mengakui lega sudah memohon maaf, Aliff yang baru pulang dari Turki dalam masa sama turut memohon doa orang ramai agar dia diberikan kesembuhan.

“Rasa lega dah mohon maaf pada semua, takut-takut umur saya tidak panjang.

“Saya ditahan wad kerana dijangkiti Covid-19 tahap tiga melibatkan paru-paru saya.

“Saya ditempatkan di hospital untuk rawatan rapi. Doa kalian amat saya hargai ketika ini,” tulisnya panjang lebar.

Menerusi perkongsian sama, Aliff turut memuat naik satu video suasana di pusat perubatan berkenaan memperlihatkan dia sedang menjalani rawatan.


Terdahulu pada 15 Disember lalu, Aliff telah membawa keluarganya bercuti ke Turki. Namun mereka difahamkan sudah pulang ke ibu negara sejak beberapa hari lalu.

Dia sejak semalam bagaimanapun sudah memberikan ‘petunjuk’ yang dia sedang menjalani rawatan di sebuah hospital apabila memuat naik sebuah foto dimana tangannya dimasukkan drip air dan ubat bersama kapsyen ringkas : “Mohon doakan saya kuatkan tabah dan dipermudahkan menghadapi dugaan ini.”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.