fbpx
Now Reading
“Pecah Lubang Buat Job Tepi” – Video Penari Mirip AC Mizal Buat Ramai Terhibur [Video]

“Pecah Lubang Buat Job Tepi” – Video Penari Mirip AC Mizal Buat Ramai Terhibur [Video]

Ramai yang meninggalkan komen lucu antaranya mendakwa pengacara Maharaja Lawak Mega itu sedang melakukan side job dengan menjadi penari.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam, tular di media sosial satu video memaparkan seorang lelaki sedang menari di sebuah pentas sambil diiringi lagu Bad Romance yang dinyanyikan penyanyi, Ayu Damit.

Video yang dimuat naik pengguna TikTok @daruslantak itu nyata mencuri perhatian orang ramai apabila wajah lelaki berkenaan dilihat mirip dengan pengacara dan usahawan terkenal, Datuk AC Mizal.

Sama tapi bukan dia

@daruslantak Sama tapi bukan dia. #acmizal #4u2c ♬ original sound – daruslantak 🇲🇾

Wajah yang mirip selain fizikal badan mereka yang hampir sama membuatkan orang ramai terhibur apatah lagi video tersebut turut menggunakan lagu Fiona nyanyian kumpulan 4U2C yang dianggotai oleh AC Mizal sendiri.

Video berkenaan kemudian mula tular dan sohor di platform media sosial lain termasuklah Twitter, Instagram dan juga Facebook.

Perkongsian-perkongsian tersebut membuatkan netizen mula meninggalkan komen lucu antaranya mendakwa pengacara Maharaja Lawak Mega itu sedang melakukan side job dengan menjadi penari.

Malah ada yang berseloroh bahawa AC yang terkenal dengan watak Inspektor Mazlan di dalam drama Gerak Khas sedang melakukan tugasan ‘undercover’.

Ini bukan saya

Mungkin mengetahui namanya sedang hangat diperkatakan, Datuk AC kemudian tampil memberikan respon yang sempoi di Instagram.

Tidak menganggap isu tersebut sebagai satu perkara serius, AC kemudian turut mengakui bahawa individu berkenaan sememangnya mempunyai wajah yang mirip dengannya.

Dengan nada berseloroh, dia turut mengakui bahawa tembelangnya melakukan kerja sampingan juga telah diketahui orang ramai.

“Saya terpanggil menjawab banyak pertanyaan sampai anak saya sendiri cakap tak pernah nampak daddy pakai singlet hitam.

“Saya terpaksa cari job sampingan. Tak guna ada bakat kalau tak tonjolkan. 2 hari notifikasi telefon tak berhenti-henti, ingat ada apa, rupanya pecah lubang buat job tepi,”

Respon santai yang diberikan AC nyata menghiburkan netizen termasuklah rakan-rakan selebriti. Ramai yang turut bersetuju bahawa kedua mereka sememangnya mempunyai wajah yang mirip.

Lebih mencuri tumpuan apabila Ayu Damit turut tampil meninggalkan komen dengan mengucapkan terima kasih kepada AC kerana sudi menjadi penarinya pada malam tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.