fbpx
Now Reading
“Sangat Biadap!” – Gelar Anuar Zain Sebagai Gay, Ziana Zain Tempelak Vida

“Sangat Biadap!” – Gelar Anuar Zain Sebagai Gay, Ziana Zain Tempelak Vida

Vida bagaimanapun menerusi satu video tular di YouTube menafikan dia menyebut perkataan gay sebaliknya menjawab “okay” dalam nada berbisik.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam, nama usahawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) hangat diperkatakan di media sosial selepas tular video memperlihatkan dia menggelar penyanyi terkenal, Anuar Zain sebagai gay.

Perkara tersebut difahamkan timbul sewaktu DSV tampil menerusi satu sesi live di Instagram menjawab pertanyaan dan cadangan netizen yang memintanya untuk mengorat penyanyi bersuara merdu itu.

Meskipun dalam nada berbisik, ramai mendakwa usahawan itu telah menyebut perkataan gay seolah-olah merujuk kepada Anuar.

“Nanti cubalah mengorat Anuar Zain? Gay!” kata Vida,

Tak patut keluar perkatan tu!

@yus_dexter Tak patut keluar pun perktaan tu!! #fyp ♬ original sound – TikToker

Tindakan Vida yang selamba menilai kecenderungan seks orang hanya dengan mengikut pemahaman sendiri kemudiannya membangkitkan kemarahan orang ramai khususnya peminat Anuar Zain yang menyifatkan Vida sebagai keterlaluan.

Ramai yang kemudiannya menggesa Vida untuk membuat permohonan maaf kepada Anuar Zain.

Isu ini kemudiannya turut sampai ke pengetahuan penyanyi terkenal, Ziana Zain yang juga kakak kepada Anuar.

Dia menerusi ruangan komen kemudian menempelak Vida dan mengelarkannya sebagai biadap.

Vida nafi, dakwa sebut ‘Ok’ bukan ‘gay’

Dalam pada itu, Vida menerusi satu video yang tular di YouTube menafikan dia menyebut perkataan gay sebaliknya menjawab “okay” dalam nada berbisik.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.