fbpx
Now Reading
Bengang Status Agama Dipertikai, Sharifah Sakinah Akhirnya Tunjuk Kad Perakuan Islam Suami

Bengang Status Agama Dipertikai, Sharifah Sakinah Akhirnya Tunjuk Kad Perakuan Islam Suami

Menurut Sharifah Sakinah, dia tidak berkongsi perkara tersebut demi menjaga hati keluarga suaminya di sana.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Aktres terkenal, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired baru-baru ini telah mengejutkan orang ramai apabila mengumumkan yang dia sebenarnya sudah berkahwin dengan jejaka dari Sweden.

Dia dan suami bagaimanapun terpaksa merahsiakan perkara tersebut atas faktor peribadi selain ianya turut berkait dengan agama.

Namun disebalik berita gembira tersebut, ada segelintir netizen yang seolah-olah sengaja mencari pasal apabila menyerang Sakinah di ruangan mesej Instagram dan mendakwa aktres tersebut telah keluar dari Islam demi melangsungkan perkahwinan kali keduanya itu.

“Tahniah Kinah masuk Kristian,” tulis individu terbabit.

Berang dengan tuduhan yang dilemparkan, Sakinah kemudiannya tampil meluahkan rasa kecewanya terhadap individu berkenaan. Jelasnya dia tidak berkongsi perkara tersebut demi demi menjaga hati keluarga suaminya di sana.

Namun demi membuktikan yang dia tidak keluar agama seperti yang didakwa, Sakinah bertindak memuat naik foto kad perakuan islam milik suaminya di hantaran yang sama.

“Kami tak post bukti sebab tak nak mengharu birukan keluarga mentua ya.

“Cuba anak awak tiba-tiba kena convert Hindu, mahu mak awak melenting tak? Nak sangat bukti, swipelah. Terima kasihlah sebab mengharu birukan keadaan.

“Kalau sudah cakap, sudahlah, tak payah buruk sangka. Habis, semua nak kena tunjuk bukti? Tak tunjuk nak jaga hati keluarga sana.

“Kalau sudah cakap, sudahlah, tak payah buruk sangka. Habis, semua nak kena tunjuk bukti? Tak tunjuk nak jaga hati keluarga sana,” tulis Sakinah lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.