fbpx
Now Reading
“Mungkin Di Pluto” – Santai Catwalk Di Tempat Awam Tanpa Face Mask, Netizen Perli Wawa Zainal

“Mungkin Di Pluto” – Santai Catwalk Di Tempat Awam Tanpa Face Mask, Netizen Perli Wawa Zainal

Namun ada juga segelintir yang berpendapat Wawa hanya membuka pelitup mukanya untuk bergambar dan segera memakai semula sebaik selesai penggambaran.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nama usahawan dan aktres terkenal, Wawa Zainal menjadi perbualan hangat netizen di media sosial selepas dia memuat naik satu video memperlihatkan dia berada di tempat awam tanpa memakai pelitup muka.

Menerusi video yang dimuat naik Wawa di akaun TikTok miliknya, dia yang mengenakan pakaian serba hitam dilihat melakukan ‘catwalk’ di hadapan sebuah pusat membeli-belah dipercayai di ibu kota.

Dilihat pada video tersebut, isteri kepada aktor terkenal, Aeril Zafrel itu dipercayai sedang terlibat dengan satu photoshoot khas namun tiada maklumat tepat dan lengkap yang dikongsikan mengenai aktiviti berkenaan.

Sebaliknya, Wawa menerusi ruangan kapsyen hanya meminta orang ramai untuk meneka di mana lokasi video tersebut diambil.

“Cuba teka Wawa di mana,” aju Wawa kepada pengikutnya.

@wawazainal92

teka wawa di mana

♬ original sound – Adrian HuHu

Muat naik tersebut bagaimanapun mencuri perhatian orang ramai kerana Wawa dilihat tidak memakai pelitup muka walhal kawasan tersebut menurut mereka kelihatan agak sesak dengan orang ramai.

Sehubungan itu, beberapa netizen dilihat sengaja memerli Wawa dengan mengatakan yang dia sememangnya bukan berada di Malaysia kerana Produser Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan mewajibkan orang ramai untuk mengunakan pelitup muka jika di tempat awam.

Ada yang cuba meneka dengan menyebut nama pusat beli belah di Kuala Lumpurn seperti Pavilion dan Bukti Bintang dan ada juga yang sengaja menyebut nama-nama pelik seperti planet Pluto, Saturn dan lain-lain lagi.

Mungkin di Pluto

Lepas ambil gambar pakai balik

Namun ada juga segelintir yang berpendapat Wawa hanya membuka pelitup mukanya untuk bergambar dan segera memakai semula sebaik selesai penggambaran.

Mungkin buka masa ambil video je

Sebagai info, KKM mewajibkan pemakaian pelitup muka demi melindungi saluran pernafasan dari dimasuki virus COVID-19 melalui hidung dan mulut.

Ini kerana virus maut itu boleh merebak melalui titisan cecair dan titisan cecair ini boleh dalam bentuk partikel yang besar (droplet) atau partikel yang kecil (aerosol).

Selain itu, pelitup muka juga boleh digunakan untuk melindungi orang yang sihat daripada dijangkiti individu yang sudah dijangkiti.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.