fbpx
Now Reading
‘Dah Tahu Dia Tak Boleh Nyanyi, Buat Apa Panggil?’ – Hattan [Video]

‘Dah Tahu Dia Tak Boleh Nyanyi, Buat Apa Panggil?’ – Hattan [Video]

Menurut Hattan, penyiar sepatutnya menanamkan rasa bertanggungjawab demi mengangkat industri hiburan ke tahap lebih bagus dan tinggi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.buzzkini.com/hiburan/2020/08/24/isu-2-markah-komen-pedih-ajai-mohon-maaf-kepada-hafiz-zainal/

Umum mengetahui usahawan sensasi dan penyanyi, Ahmad Iqbal Zulkefli baru-baru ini telah mengejutkan peminat dunia hiburan apabila muncul sebagai peserta ke-12 bagi program nyanyian Big Stage 2022.

Kemunculan mengejutkan Iqbal pada konsert pertama dengan lagu Biarlah Bulan Bicara sebagai ‘peserta misteri’ bagaimanapun tidak begitu berhasil apabila nyanyiannya disifatkan sebagai tidak memuaskan oleh Ajai selaku juri sehingga menyebabkan dia hanya menerima 5 markah.

Malah rata-rata netizen dilihat mengkritik mutu nyanyiannya yang disifatkan belum cukup layak untuk bertanding di dalam program tersebut.

Baca artikel berkaitan : Tak Sampai Berapa Jam Buat Kejutan Jadi Peserta Big Stage, Iqbal Kini Nak Tarik Diri?

Siapa sangka isu ini kemudiannya turut menarik perhatian penyanyi terkenal, Datuk Hattan. yang lantang menyatakan pendiriannya bahawa Iqbal tidak cukup kriteria untuk diambil sebagai peserta program nyanyian tersebut.

Meskipun tidak menyebut sebarang nama, ramai yang tahu penyanyi tersebut merujuk kepada keputusan Big Stage yang memasukkan Iqbal bagi tahun ini.

Penyiar patut bertanggungjawab naikkan industri hiburan

Hattan menerusi satu muat naik video di IG menyeru stesen TV agar menanamkan sikap bertanggungjawab dalam mengangkat industri hiburan ke tahap lebih bagus dan tinggi.

“Apa yang cuba dilakukan? Kalau ya pun nak rating, tak payah sampai begitu, banyak cara lain lagi. 

“Takkanlah pihak produksi sewaktu sesi raptai tak tahu bagaimana persembahannya? Kamu tahu peserta itu tak boleh nyanyi? Kenapa kamu panggil juga?” kata Hattan.

“Fikir dulu sebelum buat benda bangang”

Mengakui gimik tersebut sememangnya memberikan impak besar dari segi pemasaran, Hattan bagaimanapun berpendapat keputusan tersebut hanya memalukan industri.

“Ini seperti yang pernah saya cakap sebelum ini. Dalam program itu ada peserta dari Indonesia. Kalau orang Indonesia tengok beginilah kita punya (penyanyi) kualiti?

“Kasihan 11 (peserta) yang lain bertanding beria-ria. Hanya kerana ada satu atau dua juta pengikut, oh sudah layak? Walaupun persembahan standard begitu, punya sampah,” kata Hattan lagi.

Beliau dalam masa sama turut meluahkan rasa terkilannya kerana dia merasakan pertandingan itu yang melibatkan juri-juri jebat seperi Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ajai sepatutnya mampu tampil dengan standard yang lebih mantap.

“Kita kena ada jati diri, ada maruah. Nyanyi, nyanyi juga, maruah sangat penting. Kepada pihak produksi, fikirlah secara waras sebelum buat keputusan untuk buat satu-satu program,” kata Hattan lagi.

Buat anda yang tidak tahu, markah yang diberikan Ajai ini merupakan yang kedua terendah sepanjang beberapa tahun program Big Stage diadakan mana komposer itu pernah memberikan 2 markah kepada seorang peserta Big Stage 2020, Hafiz Zainal.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.