fbpx
Now Reading
“Bakat Tak Boleh Dibeli Dengan Duit” – Tersingkir Dari Big Stage 2022, Ajai Beri Teguran Pada Iqbal

“Bakat Tak Boleh Dibeli Dengan Duit” – Tersingkir Dari Big Stage 2022, Ajai Beri Teguran Pada Iqbal

Iqbal hanya berjaya mengumpul 9.2% markah, jauh ditinggalkan peserta kedua paling rendah iaitu Megat Rahim dengan 45%.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kemunculan usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulfekli sebagai peserta ke-12 progam nyanyian Big Stage 2022 nyata mendapat kecaman hebat netizen.

Ramai beranggapan pemilihannya adalah tidak relevan sekaligus menjatuhkan standard program berkenaan yang sudah masuk musim keempat. Malah ia turut dipersetujui oleh ramai selebriti seperti Datuk AC Mizal, Datuk Hattan termasuk komposer lagu Hujan nyanyian Iqbal sendiri iaitu Eric Fuzi Floor 88.

Namun persembahanan minggu kedua malam tadi menyaksikan Iqbal menjadi peserta pertama yang tersingkir dari program tersebut selepas dia hanya berjaya mengumpul 9.2%, jauh ditinggalkan oleh peserta kedua paling rendah iaitu Megat Rahim dengan 45%.

Dia yang tampil menyanyikan lagu Ketahuan nyanyian asal kumpulan Matta ternyata tidak mampu memuaskan hati juri khususnya Ajai yang hanya memberinya 4 markah.

“Awak bukan dilahirkan sebagai penyanyi. Bakat ini pemberian Allah dan tak boleh dibeli dengan duit. Bagaimana kita nak ‘bagi’ Allah duit? Ia diberi oleh Allah SWT,” komen Ajai selaku juri tetap Big Stage 2022.

Jaga maruah awak

Malah Ajai turut meminta Iqbal untuk menjaga reputasinya kerana isu sebegini menurutnya tidak patut dijadikan bahan lawak orang ramai.

“Ada orang bertahun belajar untuk dapatkan ilmu. Saya tak suka benda (nyanyian) ini dijadikan bahan lawak. Awak perlu jaga maruah awak,” kata Ajai lagi.

Beritahu tak sihat

Ajai sewaktu sidang media turut menjelaskan ketiadaan Iqbal selepas ini di dalam program tersebut langsung tidak memberikan kesan kepadanya sebagai seorang juri.

“Dia ada atau tak, sama sahaja. Maksud saya, sudah-sudahlah dengan perkara begini. Benda ini berkaitan maruah dan untuk kebaikan dia sendiri,” kata Ajai lagi.

Iqbal bagaimanapun dilihat tidak muncul sewaktu sidang media sebaik program selesai dipercayai kerana kesihatan yang tidak mengizinkan.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria Norzeha Mohd Salleh, pihaknya juga masih menantikan maklumat lanjut mengenai keadaan Iqbal daripada pihak pengurusannya.

“Saya dimaklumkan oleh pihak produksi bahawa Iqbal terus keluar sejurus selepas dia diumumkan sebagai peserta tersingkir. 

“Katanya, dia tak sihat dan mungkin akan terus ke klinik atau hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjut,” katanya dipetik dari Harian Metro. 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.