fbpx
Now Reading
Balu Arwah Abam Menang Kes Saman Fitnah, Ali Puteh Diperintah Bayar RM60,000

Balu Arwah Abam Menang Kes Saman Fitnah, Ali Puteh Diperintah Bayar RM60,000

Keputusan itu dilakukan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan pada pagi Jumaat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas hampir dua tahun naik turun ke mahkamah, kes saman fitnah membabitkan pelawak, Ali Puteh dan kakak iparnya, Nor Hidayah Mohd Ali selesai dan memihak kepada balu Arwah Abam itu.

Menerusi laporan mStar, keputusan itu dilakukan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan pada pagi Jumaat.

Zulqarnain dalam masa sama turut memerintahkan Ali Puteh untuk membayar ganti rugi sebanyak RM60,000 kepada Nor Hidayah.

Peguam Mohamed Ibrahim Mohamad yang mewakili Hidayah berkata, hakim turut menolak tuntutan dibuat keluarga Allahyarham Abam yang meninggal dunia pada 10 Februari 2020 dengan kos.

Keputusan ini sekali gus berjaya membersihkan nama dan reputasi Hidayah serta keluarganya.

“Kami percaya keputusan ini membersihkan segala kata-kata negatif yang dilemparkan kepada anak guam kami.

“Sebelum ni dikatakan ada pihak telah dianiaya oleh anak guam, namun mahkamah jelaskan tidak berlaku sebarang penganiayaan sebaliknya anak guam kami yang dianiya,” katanya.

Hidayah menerusi satu perkongsian di Instagram turut meluahkan rasa syukurnya di atas kemenangan berkenaan.

Sebagai info, kemelut anda mereka mula tercetus apabila Hidayah memfailkan saman terhadap Ali sekeluarga dengan jumlah terkumpul mencecah RM900,000.

Saman tersebut antaranya mendakwa Ali telah mengambil harta Abam Bocey dan harta milik anak arwah yang dikategorikan sebagai anak yatim.

Ali kemudian pada 27 Ogos 2020 lalu telah memfailkan saman terhadap Hidayah dan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.