Pelukan Angkasa Nyanyian SOG & Shila Amzah Muncul Juara AJL36

Lagu Pelukan Angkasa nyanyian SOG dan Shila Amzah mencipta kejutan apabila muncul juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-36 yang disiarkan secara langsung di TV3 dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi.

Foto : AJL 36 | TV3

Kemenangan tersebut sekaligus melayakkan lagu ciptaan Raja Nazrin Shah dan lirik oleh Fazleena Hishamuddin itu membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan trofi AJL.

AJL 36 yang berlangsung meriah turut menyaksikan lagu Cinta, nyanyian Marsha Milan yang dihasilkan Hang Nadim dan Bunga Cantik bergelar Naib juara dengan membawa pulang RM50,000 berserta trofi AJL.

Tempat ketiga pula dimenangi penyanyi Haqiem Rusly dengan lagu Mimpi ciptaan Haqiem dan Dato A.Aida yang membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 dan trofi.

Foto : TV3

Bagi kategori Vokal Terbaik, Aina Abdul menerusi lagu Sepi menepati ramalan ramai apabila diumumkan sebagai pemenang yang turut membawa pulang wang tunai RM12,000 dan trofi.

Foto : TV3

Selain bergelar naib juara, Marsha Milan yang mencuri tumpuan peminat dunia hiburan dengan persembahan mantap turut diumumkan sebagai pemenang kategori Persembahan Terbaik sekaligus membawa pulang RM18,000 dan trofi.

Keputusan penuh AJL36:

Juara : Pelukan Angkasa (SOG dan Shila Amzah)
Naib Juara : Cinta (Marsha Milan)
Tempat ketiga : (Mimpi) Haqiem Rusly
Persembahan terbaik : Marsha Milan (Cinta)
Vokal terbaik : Aina Abdul (Sepi)
Penyanyi pilihan popular AJL : Aina Abdul & Khai Bahar (Nafas cinta)

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

4 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

11 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago