fbpx
Now Reading
“Saya Tak Hadap Tawaran Ciput” – Diva AA Panas Hati, Tapi Tak Kisah Digugurkan Dari Mic On!

“Saya Tak Hadap Tawaran Ciput” – Diva AA Panas Hati, Tapi Tak Kisah Digugurkan Dari Mic On!

Diva AA turut menasihatkan Awesome TV agar tidak mempergunakan orang lain sesuka hati.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nama pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA menjadi sebutan peminat dunia hiburan sejak semalam selepas peranannya sebagai pengacara bersama bagi program realiti MIC ON! digugurkan secara serta merta.

Menurut Awesome TV, keputusan drastik ini diambil demi memastikan keharmonian dan kelancaran penerbitan program berkenaan.

Baca artikel berkaitan : Diva AA Digugurkan Serta Merta Daripada Mengacara Mic On!

Saya tetap disambar sana sini

Sedikit berang dengan perkara tersebut, Diva AA bagaimanapun mendedahkan dia tidak ‘heran’ dengan keputusan yang diberikan kepadanya, kerana kewangannya masih kukuh selain terus menerima banyak tawaran dari produksi yang lain.

“Mereka boleh cakap apa saja, dipersilakan. Allah Maha Berkuasa. Tunggu sajalah nasib mereka, karma itu pasti ada.

“Saya tak rasa apapun, malah saya tetap kaya-raya dan disambar sana-sini oleh pihak produksi. Saya tak hairan dan tak hadap sebenarnya tawaran ‘ciput’ (sedikit) ini, tapi saya buat demi peminat.

“Mereka boleh pertahankan kru dan wakil pengurusan, tapi saya juga ada prinsip hidup sendiri. Jangan main-main dengan saya,” katanya dipetik dari Harian Metro.

Diva AA sewaktu mengacarakan Mic On! bersama Issey Fazlisham | Foto : Awesome TV

“Bayar hutang saya”

Dia bagaimanapun menasihatkan pengurusan Awesome TV agar tidak mempergunakan orang lain sesuka hati selain mahu hutangnya dilangsaikan secepat mungkin.

“Bayar hutang saya sebelum saya buat laporan polis. Sudahlah bayar ‘ciput’. Jangan sesekali menggelupur mempergunakan orang, saya tak hadap.

“Penonton tengok Mic On sebab saya. Jangan nak kurang ajar dengan saya. Mereka ingat mereka besar sangat. Mereka aniaya saya, tunggu karma yang bakal menanti,” kata Azwan Ali lagi.

Dia yang enggan mendedahkan punca namanya digugurkan turut memberikan satu dua kata kepada stesen TV itu agar hutangnya segera dilunaskan atau dia akan menggunakan saluran undang-undang.

“Ada benda kurang ajar sudah berlaku. Jangan tanya saya, tapi tanya kepada mereka apa benda kurang ajar yang saya dakwa sudah berlaku dalam pengurusan Awesome TV. Saya takkan dedahkan tapi suruh mereka keluarkan kenyataan media.

“Saya bila-bila masa boleh ke balai polis dan menggunakan khidmat peguam saya. Selagi hutang saya tak bayar jangan terkejut kalau ini jadi kes polis,” katanya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.