fbpx
Now Reading
‘Hidangan Untuk Kaki Bawang’ – Iqram Dinzly Mengaku Isu Cekik Mona Allen Hanya Gimik

‘Hidangan Untuk Kaki Bawang’ – Iqram Dinzly Mengaku Isu Cekik Mona Allen Hanya Gimik

Dia dalam masa sama turut menjelaskan bahawa hubungan dia dengan Mona tidak ada sebarang masalah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekitar minggu lalu, peminat dunia hiburan hangat memperkatakan mengenai pengakuan aktres Mona Allen yang mendakwa dia telah dicekik berkali-kali oleh rakan pelakon, Iqram Dinzly sewaktu menjalani penggambaran drama Hati Yang Dikhianati.

Pendedahan itu dilakukan Mona menerusi satu hantaran di IG Story selepas tular video ‘insiden’ berkenaan di media sosial sehingga menyebabkan Iqram teruk dikecam orang ramai.

Baca artikel berkaitan : ‘Ingat Dah Tak Psiko’ – Mona Allen Dakwa Iqram Dinzly Sengaja Cekik Lehernya

Hanya satu konten

Siapa menduga, apa yang didakwa sebagai pertengkaran antara dua rakan ‘seindustri ‘ rupanya hanyalah satu gimik yang dirancang untuk meraih perhatian netizen.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Iqram sewaktu dihubungi oleh portal berita, mStar.

“Kami hanya berikan satu hidangan untuk mereka yang suka ‘membawang’. Perkara sebegini dah menjadi trend. Orang tidak akan ambil tahu kalau asyik bercakap perkara yang baik.

“Nama pun media sosial, jadi kami buat hanya untuk suka-suka. Terpulang kepada netizen yang menilai,” katanya.

Tiada masalah dengan Mona

Dia dalam masa sama turut menjelaskan bahawa hubungan dia dengan Mona tidak ada sebarang masalah.

“Bukan hanya Mona, seluruh pasukan produksi bagaikan keluarga buat saya. Mereka memberikan aura positif sepanjang di set penggambaran.

“Mona seorang pelakon yang hebat dan kami sendiri sudah tahu perancangan untuk membuat sedikit kontroversi ini akan menerima kecaman. Sebenarnya hubungan kami baik sahaja.

“Sebelum berlakon saya ada berjumpa Pekin dan meminta izin untuk bergandingan dengan Mona. Dia kata jalan je,” kata Iqam lagi.

Sudah lali dengan kecaman

Mengakui sudah lali dengan kecaman netizen, Iqram bagaimanapun berharap ‘comeback’ yang dilakukannya di dalam drama tersebut akan menjadi perhatian orang ramai.

“Kami manfaatkan situasi dan kemunculan saya dalam drama ini untuk diperkatakan. Orang dah banyak berkata buruk tentang diri saya sebelum ini. Biarlah mereka mahu kata apa sekalipun,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.