fbpx
Now Reading
“Ramai Cakap Muka Saya Ada Iras-iras Tangmo”- Isteri Shuk Sahar

“Ramai Cakap Muka Saya Ada Iras-iras Tangmo”- Isteri Shuk Sahar

Perkongsian tersebut ternyata mendapat reaksi yang pelbagai dari netizen dengan majoriti dilihat kurang bersetuju dengan kenyataan yang diberikan Rossa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isteri kepada pelawak terkenal, Shuk Sahar iaitu Rossa Serra menjadi tumpuan netizen selepas dia mendakwa ramai yang mengatakan raut wajahnya mirip pelakon terkenal Thailand, mendiang Tangmo Nida.

Rossa menerusi satu perkongsian di TikTok memuat naik video penampilan terbarunya yang memakai jubah berwarna hijau sambil duduk memberikan pose kepada kamera.

“Ramai cakap muka saya ada iras-iras Tangmo, yeke” tulis Rossa pada video berkenaan.

@rossa.sera yeke? 📸 @inayahbeauty #fyp ♬ bunyi asal – Cikputerimisha😍 GSTT😘 – Puanputerimisha😍 GSTT😘

Perkongsian tersebut ternyata mendapat reaksi yang pelbagai dari netizen dengan majoriti dilihat kurang bersetuju dengan kenyataan yang diberikan Rossa.

Ada yang berpendapat ibu kepada dua anak ini terlalu ‘over claim’ dan ada yang membalas pertanyaannya dengan mengatakan hanya pelakon dan model Nasha Aziz yang mirip dengan mendiang.

Namun ada juga segelintir netizen yang merasakan Rossa sebenarnya hanya bergurau memandangkan segala isu membabitkan Tangmo masih lagi hangat diperkatakan di Malaysia.

Ni bukan Tangmo kak, ni Tang Mano

Kalau Nasha Aziz macam Tangmo

Dia gurau je tu

Saya tengok iras Farah Nabila

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut sudah mendapat 762 ribu tontonan, 10 ribu tanda suka dan 5,100 komen.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.