fbpx
Now Reading
Snoop Dogg dan Joe Flizzow Berkolaborasi Nyanyikan Lagu Tema JDT

Snoop Dogg dan Joe Flizzow Berkolaborasi Nyanyikan Lagu Tema JDT

Penyanyi rap terkenal Snoop Dogg turut memuat naik muzik video lagu tema itu di akaun Instagram beliau.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sahaja yang tidak mengenali kelab bola sepak gergasi Johor Darul Ta’zim (JDT) yang sentiasa mencipta namanya dalam bidang bola sepak.

Baru-baru ini kelab bola sepak ini sekali lagi mencipta satu fenomena apabila telah muncul dengan kolaborasi bersama Universal Music Asia serta syarikat Def Jam menerusi lagu tema Pioneers yang menampilkan penyanyi rap terkenal dunia iaitu Snoop Dogg dan penyanyi kelahiran Johor iaitu Joe Flizzow.

Foto: IG jdtfootballclub

JDT terus komited dalam berikan yang terbaik

Memetik laporan MalaysiaKini, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga merupakan pemilik kelab bola sepak tersebut menyatakan JDT akan terus komited dalam memberikan yang terbaik demi meningkatkan kemajuan kelab bola sepak yang berada dibawah naungannya.

Tunku Ismail berkata apabila bercakap berkenaan kelab JDT, berulang kali baginda katakan ini bukan hanya sebuah kelab bola sepak semata-mata.

Menurut baginda, JDT merupakan empayar dan ia tidak dicipta hanya sebagai sebuah kelab bola sepak yang biasa-biasa tetapi ia mempunyai aspirasi yang dikenali diperingkat antarabangsa.

Katanya lagi, JDT merupakan sebuah kelab bola sepak yang mempunyai cerita yang penuh dengan inspirasi.

Baginda memaklumkan semasa awal penubuhan JDT, banyak pihak memandang enteng kepada masa depan kelab tersebut malah ada yang meramalkan kelab ini mungkin bertahan dalam beberapa tahun sahaja.

Walau bagaimanapun, Tunku Ismail telah berjaya membuktikan bahawa JDT sebaliknya menjadi semakin kuat.

Ramai ramalkan bertahan dalam tempoh dua tahun, namun kami kini berusia 10 tahun

“Ramai yang meramalkan kelab ini hanya akan bertahan dalam tempoh dua tahun.

“Namun, hari ini kami sudah berusia 10 tahun malah malah kami semakin kuat hari demi hari,” Titah Tunku Ismail.

Tambah baginda, membina kelab bola sepak merupakan satu perkara yang paling susah adalah dalam mendapatkan hasilnya. Ini kerana, untuk mendapatkan hasil dan wujud bersama secara komersial, dan ia merupakan sesuatu yang tidak boleh dijangka kemungkinannya.

“Kadang-kadang saya cubit diri sendiri”

“Kadang-kadang saya cubit diri sendiri dengan apa yang berlaku sekarang adalah sesuatu yang nyata dan sekarang dah jadi satu kelab yang hebat serta semakin bergerak ke hadapan, kami akan terus komited memperkenalkan jenama yang dibangunkan serata dunia,” titahnya.

Setakat ini muzik video lagu tema JDT yang bertajuk Pioneers itu telah mendapat tontonan sebanyak 137.8 ribu di YouTube.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.