fbpx
Now Reading
Penyanyi Nasyid Dicekup, Disyaki Terlibat Kes Dadah

Penyanyi Nasyid Dicekup, Disyaki Terlibat Kes Dadah

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid kepada Bernama.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang penyanyi nasyid dilaporkan telah ditahan di sebuah kondominium di Kota Damansara, Kuala Lumpur pada petang semalam, 24 Mac.

Penahanan itu dilakukan pihak polis selepas dia disyaki terlibat dengan kes berkaitan dadah.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid kepada Bernama.

“Saya sahkan suspek ditahan dan polis akan membuat sidang media dalam tempoh terdekat mengenai perincian lanjut penahanan itu,” katanya dipetik dari Bernama.

Pernah memenangi AJL?

Menerusi Twitter, wartawan Faizal Hassan memaklumkan penyanyi nasyid tersebut difahamkan pernah menganggotai sebuah kumpulan nasyid sebelum akhirnya memilih untuk bergerak secara solo.

Selain itu dia juga dikhabarkan pernah memenangi Anugerah Juara Lagu (AJL) sewaktu berada di punca kariernya.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.