
Taylor Hawkins, Pemain Drum Foo Fighters Meninggal Dunia
Difahamkan Hawkins ditemui sudah meninggal dunia di dalam bilik hotelnya di Bogota, Colombia.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pemain drum kumpulan Rock terkenal, Foo Fighters iaitu Taylor Hawkins dilaporkan meninggal dunia pada usia 50 tahun.
Berita duka tersebut dikongsikan Foo Fighters menerusi satu hantaran di Facebook mereka sebentar tadi.
”Keluarga Foo Fighters dikejutkan dengan berita tragik mengenai pemergian Taylor Hawkins yang kami sayangi.
“Semangat cintakan muzik dan wataknya yang ceria akan sentiasa kekal bersama-sama kami sampai bila-bila.
“Takziah kami kepada isteri, anak-anak dan ahli keluarga mendiang yang diuji dengan kehilangan besar ini,” kata Foo Fighters.
Mereka dalam masa sama turut meminta peminat dan orang ramai agar memberikan ruang kepada ahli keluarga mendiang agar mereka dapat mengharungi detik-detik sukar ini dengan penuh ketabahan.
Difahamkan Hawkins ditemui sudah meninggal dunia di dalam bilik hotelnya di Bogota, Colombia.
Mendiang dan ahli kumpulan lain ketika ini sedang berada di Colombia bagi siri jelajah di Amerika Selatan.
Foo Fighters dijadualkan bermain di Festival Estéreo Picnic pada Jumaat malam dan baru sahaja menghabiskan konsert mereka di San Isidro, Argentina pada Ahad (20 Mac) yang lalu.
Ekoran dari pemergian mengejut Hawkins beberapa jam sebelum persembahan, Foo Fighters mengambil keputusan membatalkan konsert tersebut dan mengumumkannya di hadapan layar besar di stage yang sudah pun dikerumuni peminat.
Menerusi laporan Consequence, lilin kemudian telah diletakkan di stage sebagai memperingati kematian Hawkins.
Taylor Hawkins passed away just hours before Foo Fighters were due to play Festival Estéreo in Colombia. In lieu of the performance, candles were placed on stage to honor Hawkins. pic.twitter.com/s7GGcVK945
— Consequence (@consequence) March 26, 2022
Sebagai info, Hawkins mula menyertai Foo Fighters pada 1997 selepas dirisik oleh Dave Grohl bagi menggantikan drummer asal, William Goldsmith. Sejak dari itu, dia kekal sebagai drummer utama Foo Fighters hingga ke akhir hayatnya.

Keputusannya menyertai Foo Fighters nyata menyentuh hati Dave Grohl memandangkan Hawkins pada waktu itu merupakan pemain drummer untuk kumpulan yang mengiringi penyanyi, Alanis Morisette yang sedang berada di puncak kariernya.
Sejak dari itu, Dave Grohl memandang tinggi Hawkin dan turut menggelarkannya sebagai ‘best friend dan partner in crime’.
Perkara itu dikongsikan Dave Grohl di dalam bibliografinya, The Storyteller: Tales of Life and Music yang dikeluarkan pada tahun 2021.
[Trivia] Meskipun bergelar drummer, dua dari single Foo Fighters iaitu Cold Day in The Sun dan Sunday Rain sebenarnya dinyanyikan sepenuhnya oleh Hawkins.