Berang Isteri Dijadikan Bahan Lawak, Will Smith Tampar Chris Rock Sewaktu Live Oscars [Video]

Aktor terkenal Hollywood, Will Smith mengejutkan peminat dunia hiburan apabila menampar muka pelakon komedi, Chris Rock sewaktu siaran langsung Oscars 2022.

Difahamkan insiden bermula apabila Chris Rock yang berada di pentas untuk menyampaikan anugerah Dokumentari Terbaik Oscar 2022 telah menjadikan rambut isteri Will Smith, Jada Pinkett yang botak sebagai bahan jenakanya.

“Jada saya sayangkan kamu. Tak sabar nak tunggu G.I Jane 2,” ujarnya seolah-olah mengaitkan imej Jada dengan watak Gi Jane yang dilakonkan Demi Moore.

Mungkin berang dengan ucapan berkenaan, Smith yang pada mulanya sedang ketawa secara tiba-tiba bangun dari tempat duduknya dan berjalan ke pentas lalu menampar muka Rock.

Meskipun kelihatan terkejut dan malu, Rock dilihat cuba mengawal keadaan dengan berkata, “Wow! Will Smith baru sahaja melempang muka saya. Ini adalah momen terbaik dalam sejarah televisyen”.

Smith yang sudah berada di tempat duduk kemudian dilihat berteriak meminta Rock agar berhenti dari menyebut nama isterinya.

“Jangan sebut nama isteri saya,” jerit Smith dengan penuh beremosi.

Will Smith mohon maaf

Smith yang memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik buat kali pertama kali di Oscars bagaimanapun tampil membuat satu permohonan maaf kepada semua pihak khususnya penganjur Anugerah Academy di atas tindakannya.

Dia yang dilihat menangis bagaimanapun menjelaskan tangisannya bukanlah mengenai kemenangan tersebut.

“Saya mahu minta maaf kepada Academy, kepada semua rakan finalis. Ini merupakan momen yang indah dan saya menangis bukan kerana kemenangan ini.

“Ini bukan soal saya memenangi anugerah,” dipercayai merujuk kepada kepada kegagalannya mengawal tindakan agresif tersebut.

Dia bagaimanapun langsung tidak menyebut nama Rock sewaktu memberikan ucapan berkenaan.

Bukan kali pertama jadi bahan jenaka Rock

Sebagai rekod, ini bukan kali pertama Chris Rock menjadikan pasangan ini lawak jenakanya. Dia pada Oscars 2016 pernah berbuat perkara sama apabila memerli Jada dan beberapa selebriti lain yang memboikot anugerah berkenaan.

“Jada jadi marah, dan kata dia tidak akan datang. Jada memboikot Oscar seperti saya memboikot seluar d*lam Rihanna,” kata Chris pada pembukaan Oscars 2016.

Jada difahamkan berdepan masalah keguguran rambut yang teruk selepas membuat pendedahan yang dia telah didiagnosis menghidap Alopecia iaitu sejenis penyakit kebotakan pada tahun 2018.

Recent Posts

  • Trending

Padah Masuk Lorong Ditutup Untuk Selenggara, Axia Terbalik Di Lebuh Raya [Video]

Menerusi video tersebut kelihatan kereta Axia tersebut terbalik selepas melanggar timbunan objek dipercayai batu tar…

11 mins ago
  • News
  • Trending

Balai Polis Ulu Tiram Diserang, 2 Anggota Maut & Seorang Cedera

Suspek yang bertopeng dan menyerang Balai Polis Ulu Tiram bagaimanapun berjaya ditembak mati di lokasi…

39 mins ago
  • Trending

“Terima Kasih Atas Teguran” – Daiyan Trisha Batalkan Kontrak Dengan Beberapa Jenama Antarabangsa

Menurut Daiyan Trisha, dia bersyukur kerana isu ini telah membawa orang ramai untuk kembali fokus…

1 hour ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

19 hours ago
  • Trending

Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…

19 hours ago
  • Trending

“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…

19 hours ago