fbpx
Now Reading
“Semoga Bersua Di Pintu Syurga”- Rudy Imran Tinggal Buah Tangan Terakhir Buat Dayang

“Semoga Bersua Di Pintu Syurga”- Rudy Imran Tinggal Buah Tangan Terakhir Buat Dayang

Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Industri tanah air hari ini telah dikejutkan dengan pemergian seorang penulis lirik Rudy Imran Shamsudin yang meninggal dunia di kediamannya di Semenyih.

Allahyarham yang berusia 47 tahun itu telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi tadi dan disahkan meninggal akibat kanser usus yang dihadapinya sejak beberapa tahun lalu.

Dayang hilang kata-kata

Berita pemergiannya itu turut membuatkan seorang penyanyi lagu Lelaki Teragung iaitu Dayang Nurfaizah, 41, hilang kata-kata selepas mengetahui berita berkenaan.

Menerusi perkongsian Dayang di laman Instagram, Allahyarham merupakan seorang insan yang telah memberikan banyak sumbangan sepanjang perjalanan seninya.

“Hari ini Dayang kehilangan seorang lagi insan yang besar jasanya dalam perjalanan seni Dayang. Rudy Imran yang biasa Dayang panggil abang Rudy antara orang yang melihat Dayang ‘membesar’ di dalam bidang muzik.

“Bermula dari hubungan antara wartawan dan artis hinggalah abang Rudy menulis lirik untuk lagu-lagu Dayang. Terlalu banyak kebaikan abang Rudy, Orang sekeliling sentiasa menyenangi.

“Akan Dayang kenang setiap kenangan terindah sepanjang kerjasama kita,” ulasnya di Instagram.

‘Ralat tak sempat rakamkan lagu yang abang Rudy tulis’

Tambahnya, dia turut berasa ralat kerana tidak sempat merakamkan lagu yang telah ditulis liriknya oleh Allahyarham dan menyifatkan itu adalah satu buah tangan terakhir buat dirinya sebagai memori di hari mendatang.

“Dayang berasa sedikit ralat kerana tak sempat rakamkan lagu yang abang Rudy tulis liriknya. Andai dapat diulang masa, Dayang nak rakamkan lebih awal agar abang Rudy dapat mendengarnya.

“Namun mungkin inilah buah tangan terakhir abang Rudy buat Dayang sebagi memori di hari mendatang.

“Semoga rohnya ditempatkan dikalangan insan yang dikasihi Allah. Semoga kita bertemu ‘Di Pintu Syurga’,” kata Dayang Nurfaizah.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.