fbpx
Now Reading
Selepas 7 Tahun Bergelar Pelakon, Sarah Hilderbrand Umum Undur Diri Dari Dunia Hiburan [Video]

Selepas 7 Tahun Bergelar Pelakon, Sarah Hilderbrand Umum Undur Diri Dari Dunia Hiburan [Video]

Dia dalam masa sama turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai di atas segala bentuk sokongan yang diterima sepanjang dia bergelar anak seni.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mula menceburkan diri dalam dunia lakonan sejak 2015, pelakon dan pengacara, Sarah Hildebrand akhirnya mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada dunia seni.

Tampil menerusi satu video di Instagram, Sarah atau nama penuhnya Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand memaklumkan dia terpaksa menolak meskipun ada menerima tawaran pengacaraan dan juga lakonan.

“Saya fikir ini masa sesuai untuk memaklumkan bahawa saya mahu bersara daripada dunia seni di Malaysia. Saya tidak akan terima tawaran sama ada sebagai pelakon atau pengacara.

“Sebenarnya saya masih dapat tawaran daripada produksi, maaf cuma tidak beri maklum balas lagi. Pengumuman bersara ini, buatlah apa-apa pun bagi tular dan semua orang tahu,” katanya.

Dia dalam masa sama turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai di atas segala bentuk sokongan yang diterima sepanjang dia bergelar anak seni.

“Terima kasih untuk pahit manis selama ini. Saya akan hargai setiap momen dan pengalaman itu. Semua itu bantu saya jadi menusia dan artis yang lebih baik. Jumpa kalian semua di sisi yang lain,” katanya.

Sarah menerusi satu hantaran di IG Story turut memaklumkan tidak akan menerima sebarang permintaan temu bual daripada pihak media mengenai isu pengundurannya itu.

Sebagai rekod, Sarah pernah mencetuskan kontroversi apabila membuat keputusan untuk kembali tidak bertudung pada Oktober 2020 selepas setahun mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Otto Gillen.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.