fbpx
Now Reading
“Hanya Mereka Yang Tahu Apa Berlaku” – Kazar Respon Dakwaan Anak Ganggu Rumah Tangga Puteri Sarah

“Hanya Mereka Yang Tahu Apa Berlaku” – Kazar Respon Dakwaan Anak Ganggu Rumah Tangga Puteri Sarah

Jelasnya, apa yang berlaku hanya sesama mereka sahaja yang tahu dan dia memilih untuk tidak berkata apa-apa demi menjaga hati semua pihak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak minggu lalu, kisah rumah tangga pasangan selebriti, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof hangat diperkatakan di media sosial selepas Puteri Sarah membuat pendedahan yang rumah tangganya telah diganggu oleh orang ketiga sejak 2019.

Tanpa berselindung, dia kemudian menyebut nama Ira, anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi sebagai individu yang dimaksudkan.

Beberapa hari kemudiannya, Puteri Sarah sekali lagi menjadi perhatian apabila memaklumkan akan melantik dua orang peguam bagi mengendalikan kes mengacau suaminya itu selain beberapa hal-hal lain termasuk ugutan yang diterima di media sosial sejak empat tahun lalu.

Baca artikel berkaitan : “Kita Pakai 2 Lawyer Lah” – Puteri Sarah Lantik Peguam Untuk Selesaikan Isu Rumah Tangga

Kena jaga hati semua pihak

Isu ini sedikit sebanyak pastinya memberikan kesan kepada Kazar Saisi. Beliau yang dihubungi media bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen tentang kontroversi yang timbul.

“Takyahla, tak ada nak komen,” kata Kazar.

Jelasnya, apa yang berlaku hanya sesama mereka sahaja yang tahu dan dia memilih untuk tidak berkata apa-apa demi menjaga hati semua pihak.

“Susahlah nak cakap. Mereka saja tahu apa berlaku. Apa saya tahu, perkara ini kecoh diperkatakan baru-baru ini.

“Cuma, saya tak tahu nak komen macam mana. Saya juga kena jaga hati semua pihak apatah lagi di bulan Ramadan ini,” katanya dipetik dari Harian Metro.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.