Bimbang Insiden Dikasari Berulang, Bekas Isteri Radhi OAG Mengaku Buat Laporan Polis
Dia dalam masa sama turut berharap agar Radhi tidak akan mengulangi perbuatan sedemikian demi kebaikan anak mereka yang semakin membesar.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Khuatir kejadian dikasari berulang, bekas isteri kepada penyanyi, Radhi OAG iaitu Ayu Shahira mengakui terpaksa membuat satu laporan polis.
Mengulas apa yang yang berlaku pada Selasa (19 April), wanita berusia 27 tahun itu mendakwa telah ditolak oleh Radhi gara-gara tidak melayan permintaannya untuk bergambar bersama.
“Ya, memang betul saya buat laporan polis. Saya buat pun demi keselamatan saya, takut benda sama berulang lagi. Saya pun tak boleh nak kongsi lebih sebab kes masih dalam siasatan polis.
“Seperti dalam laporan, dia bertindak begitu selepas saya tak nak ambil gambar swafoto bersama. Dia tolak badan saya,” kata Ayu dipetik dari mStar.
Harap tak ulang benda sama demi kebaikan anak
Dia dalam masa sama turut berharap agar vokalis kumpulan OAG itu tidak akan mengulangi perbuatan tersebut demi kebaikan anak mereka yang semakin membesar.
“Saya berharap sangat dia tidak mengulangi perbuatan itu. Kalau tak nak fikir diri sendiri, fikirlah anak-anak. Mereka dah besar dan faham apa yang terjadi.
“Kesian mereka kalau tahu bapanya berkelakuan seperti itu. Anak-anak pun dah bersekolah, bimbang nanti mereka malu dengan kawan-kawan,” katanya lagi.
Terdahulu media melaporkan seorang penyanyi berusia 46 tahun ditahan di rumahnya di Kota Damansara selepas disyaki mencederakan bekas isterinya gara-gara satu perselisihan faham.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, tangkapan dilakukan selepas Polis Petaling Jaya menerima aduan dari wanita tersebut yang berusia 27 tahun pada Selasa.
Penyanyi berkenaan kemudian direman selama dua hari bermula Rabu dan akan dituduh di mahkamah pada Jumaat, 22 April.
Baca artikel berkaitan :
Pukul Bekas Isteri Kerana Enggan Bergambar, Penyanyi Ditahan Polis
Penyanyi Pukul Bekas Isteri Direman, Akan Dituduh Di Mahkamah Pada Jumaat
Sebagai rekod, Ayu dan Radhi disatukan pada 14 April 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata. Mereka bagaimanapun diputuskan sudah berpisah oleh Mahkamah Rendah Syariah pada 2019 selepas Radhi melafazkan talak di rumah mereka.
Ini merupakan perkahwinan kedua Radhi di mana dia pernah berkahwin dengan Shazlin Sharif pada 2005 dan bercerai pada tahun 2010.