“Buat Kerana Patah”- Lana Nordin Mengaku Terpaksa ‘Buat’ Hidung Kerana Kemalangan Bawa RXZ
Menurut Lana Nordin jika bukan kerana kemalangan dia juga tidak mahu melakukan perkara itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Beberapa hari yang lalu, kecoh di media sosial apabila netizen menyoal pelakon, Lana Nordin berkenaan bentuk hidungnya yang kelihatan mempunyai perubahan ketara.
Peka isu tersebut menjadi topik hangat di kalangan netizen, Lana Nordin tampil menerusi Instagramnya untuk menjawab persoalan tersebut sekaligus mengakui bahawa dia telah membuat hidungnya itu.
Namun, menurut Lana, 44, dia terpaksa menjalani pembedahan ‘rhinoplasty’ untuk membetulkan semula hidungnya yang senget selepas terlibat dalam kemalangan motor dahulu.
Hidung patah kerana kemalangan
“Ini sebenarnya peribadi, tidak perlu pun untuk cerita. Tetapi disebabkan ada yang hendak tahu jadi saya beritahu.
“Hidung saya ni semasa saya sekolah saya kemalangan masa nak balik kampung Felda yang tanah merah tu, tangan ni pula gatal nak bawa motor RXZ. Kemudian tak pandai bawa dan jatuh tersungkur dan berdarah serta hidung patah.
Letak besi, kemudian disaran untuk buka dan letak plastik
“Sejak daripada itu hidung saya ini senget dan saya pakai besi untuk beberapa tahun dan disarankan buka dan apabila sudah buka saya letak plastik kerana tak tahan apabila letak besi ia rasa sejuk.
Menurut Lana lagi, sehingga kini hidungnya itu masih senget dan apabila ditanya adakah benar dia membuat hidung, jawabnya memang betul dia dipaksa buat kerana hidung itu telah lama patah.
Keadaan yang memaksa
Tambahnya, apabila menggunakan rhinoplasty ia mempunyai jangka hayat dan perlu ditukar dalam jangka masa lima hingga enam tahun serta untuk mengelakkan ia bernanah.
Kata Lana, dia bukan cuba untuk mengubah cipta Allah seperti yang didakwa oleh beberapa individu tetapi perkara tersebut dilakukan kerana keadaan yang memaksa.
“Jika bukan sebab kemalangan saya pun tidak mahu, saya tahulah apa yang saya buat,” jelas Lana Nordin lagi