fbpx
Now Reading
Saranan Joe Flizzow Agar Lelaki 21 Tahun Ke Atas Tidak Pakai Baju Raya Dengan Sneakers Cetus Perdebatan

Saranan Joe Flizzow Agar Lelaki 21 Tahun Ke Atas Tidak Pakai Baju Raya Dengan Sneakers Cetus Perdebatan

Menurut Joe Flizzow, gaya pemakaian sebegitu seolah-olah menampakkan si pemakainya seperti budak-budak kecil.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pemakaian baju Melayu semasa menyambut Hari Raya sudah menjadi tradisi rakyat Malaysia sejak dahulu lagi.

Biasanya digayakan dengan sampin, songkok dan juga capal, ada yang menyarung sepasang kasut kulit bagi melengkapkan gaya fesyen raya mereka.

Namun seiring dengan peredaran zaman, ada di kalangan anak muda bahkan golongan berusia yang mula menggayakan baju Melayu ini dengan menyarung kasut sneakers.

Perkara ini bagaimanapun menarik perhatian rapper terkenal, Joe Flizzow yang tampil memberikan pesanan agar etika pemakaian sebegini tidak diamalkan oleh lelaki yang berusia 21 tahun ke atas.

Kelihatan seperti budak kecil

Menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram Sneakerlah, Joe Flizzow yang turut terkenal dengan gelaran Mr President berpendapat gaya pemakaian sebegitu seolah-olah menampakkan si pemakainya seperti budak-budak kecil.

“Jika anda memakai baju melayu – lengkap bersongkok, baju kancing, sampin, tolong jangan pakai dengan sneakers.

Tolong jangan pakai dengan Jordan, Yeezy atau apa-apa. Please dan please. Itu untuk budak-budak kecil,” kata Joe.

Joe bergurau nak ‘rembat’ jika terjumpa

Dia dalam nada berseloroh turut mengatakan akan merembat mana-mana invididu yang berpakaian sedemikian sekiranya terjumpa.

“Kalau dah tua tolong pakai kasut, sepatu atau capal yang elok. Kalau tidak gua jumpa, gua rembat lu,” katanya lagi.

Jadi perdebatan netizen

Perkongsian video itu nyata menarik perhatian ramai netizen. Malah ia turut menimbulan perdebatan di kalangan netizen di mana ada yang bersetuju manakala segelintir lagi merasakan ianya adalah hak setiap individu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.