fbpx
Now Reading
Telefilem Angah Trending, Ramai Bengang & Terkesan Dengan Lakonan Haidar Hasanudin

Telefilem Angah Trending, Ramai Bengang & Terkesan Dengan Lakonan Haidar Hasanudin

Gaya lakonan Haidar yang bersahaja berbanding watak sebenarnya yang kuat berjenaka membuatkan karakter tersebut begitu dibenci netizen.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bersempena dengan Hari Raya baru-baru ini, Astro telah membawakan sebuah telefilem menarik berjudul Angah.

Telah menemui penonton pada Hari Raya Kelima, 6 Mei 2022, 10.00 pagi di Astro Ria 104 dan di Astro Go, naskah khas sempena Aidilfitri yang menampilkan barisan pelakon seperti Puteri Balqis Azizi, Aleza Shadan Natasha Elyzza, Haidar Hasanudin, Asyraf Roslee, Hushairi Husain, Bohari Ibrahim nyata mencuri perhatian ramai.

Ini kerana filem terbitan syarikat produksi Art Ornament Sdn. Bhd oleh pengarah Eyra Rahman mengangkat kisah tragis seorang remaja OKU, Angah lakonan Puteri Balqis yang hamil anak luar nikah tanpa sesiapa mengetahui siapakah bapa kepada anak tersebut.

Skrip dan jalan cerita yang luar biasa selain turut dibintangi ramai pelakon berbakat membuatkan Angah menjadi bualan ramai khususnya di TikTok.

@chipsmore776 Drama ni sedih lagi sedih dari kisah benar 🙂 #angah #kisahbenar #puteribalqis #mdrama ♬ suara asli – DENII

Namun apa yang paling mencuri tumpuan pastinya watak Antagonis bernama Wan yang dilakonkan pelakon baharu yang juga hos program Podcast Malam Jumaat, Haidar Hasanudin yang disifatkan begitu ‘menjadi’ hingga menyebabkan dia dikecam hebat.

Gaya lakonannya yang bersahaja berbanding watak sebenar Haidar yang kuat berjenaka membuatkan karakternya di dalam telefilem yang mengambil inspirasi kisah benar itu begitu dibenci netizen.

“Bila nak tutup salah sendiri”

@chipsmore776 Bila nk tutup salah sendiri #angah #fypmalaysia #kisahbenar #malaysiatiktok #dramatiktok #dramamelayu #telemovie #puteribalqis #foryourpage ♬ Happier Than Ever – Billie Eilish

Ramai yang kemudiannya meluahkan rasa kecewa dan amarah mereka dengan pengkhianatan Wan hingga menyebabkan orang lain menjadi mangsa.

Tidak terasa dengan kecaman tersebut, Haidar malah dilihat santai apabila membalas komen-komen netizen yang mengecam watak yang dibawakannya.

Malah dia turut menasihatkan orang ramai agar menjadikan kisah tersebut sebagai satu pengajaran.

Meskipun telefilem ini sudah pun disiarkan pada hujung minggu lalu, orang ramai masih berpeluang menontonnya di Astro On Demand & aplikasi Astro Go.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.