fbpx
Now Reading
Baby Shima Kantoikan Lelaki Beri Mesej Berbaur Lucah Dalam Media Sosial
Baby Shima terima mesej lucah

Baby Shima Kantoikan Lelaki Beri Mesej Berbaur Lucah Dalam Media Sosial

Gara-gara asyik menerima mesej berbaur lucah. Baby Shima bertindak untuk mendedahkan identiti individu yang menghantar mesej tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penggunaan media sosial bukan sahaja digunakan untuk bersosial bersama keluarga dan rakan, malah ia turut digunakan untuk mencari kenalan baru.

Tetapi ada yang menggunakannya dengan niat yang tidak baik seperti memuat naik gambar tidak senonoh dan ada juga yang menggunakan media sosial untuk menghantar mesej lucah demi memuaskan nafsu sendiri.

Terima mesej berbaur lucah dari pelajar sekolah

Baru-baru ini, penyanyi dangdut sensasi iaitu Baby Shima telah menerima satu kiriman mesej yang berbaur lucah yang mengajaknya untuk melakukan aksi terlarang.

Meskipun sudah acap kali menerima mesej dan gangguan sedemikian, keadaan kali ini agak berbeza apabila mesej itu diterima daripada seorang pelajar sekolah.

“Saya pun tak tahu kenapa sering jadi mangsa lelaki gila seks sebegitu.

“Kali ini diganggu pelajar sekolah pula. Dia ingat kita ini apa? Simbol seks? Awak masih bersekolah, masa depan pun tak nampak lagi.

“Nak sangat terkenal kan? Nak sangat jumpa kan? Sekarang awak dah terkenal. Silakan,” katanya ketika dihubungi oleh Kosmo.

Akaun milik remaja tersebut tidak boleh diakses

Baby Shima atau Nor Ashima Ramli, yang kini berada di Jakarta, Indonesia memaklumkan akaun Instagram milik remaja berkenaan kini tidak dapat diakases selepas perkongsian yang dilakukan di laman media sosialnya.

Dia dalam masa sama turut mengakui begitu berang hingga bertindak berkongsikan gambar serta kandungan mesej tersebut di media sosialnya.

‘Tolong hisapkan dia’

Foto: IG Baby Shima

“Tolong hisapkan dia,” tulis Shima dengan ringkas dalam kapsyenya di Instagram.

Sebelum ini, penyanyi dangdut itu pernah memberitahu bahawa dia kerap menerima gangguan dari lelaki yang tidak dikenali dengan mengirim pelbagai imej dan video lucah menerusi Instagram miliknya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.