fbpx
Now Reading
“Kak Nita & Abang Mahathir Dalam Keadaan Sihat”- Penulis Lirik Kongsi Perbualan Bersama Anita Sarawak

“Kak Nita & Abang Mahathir Dalam Keadaan Sihat”- Penulis Lirik Kongsi Perbualan Bersama Anita Sarawak

Hampir 12 tahun penyanyi Anita Sarawak mendiamkan diri dari dunia hiburan dan media.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sudah hampir 12 tahun kita tidak tidak mendengar khabar mengenai artis terkenal, Anita Sarawak atau lebih mesra dipanggil Kak Nita.

Meskipun namanya sudah jarang disebut, namun Anita Sarawak masih dikenali ramai rakyat Malaysia dek kerana lagu dan persembahannya yang memukau suatu ketika dahulu.

Kehilangan Kak Nita bukan sahaja menjadi persoalan buat rakyat Malaysia, malahan pelbagai spekulasi dibuat terhadap penyanyi tersebut yang secara tiba-tiba menghilangkan diri tanpa diketahui puncanya.

Kini semuanya telah terjawab apabila Kak Nita telah menghubungi kawan baiknya di Malaysia iaitu penulis hiburan Shuib Taib dan Roslen Fadzli pada awal Hari Raya lalu untuk bertanya khabar dan mengucapkan Salam Aidilfitri.

Memetik laporan Murai, Roslen yang kini bergelar penulis skrip dan lirik lagu menjelaskan mereka ada menerima panggilan telefon daripada Anita dan suaminya, Mahathir Abdullah pada awal Mei dahulu ketika dia dan Shuib sedang beraya di Pulau Pinang.

Roslen atau lebih mesra dipanggil Abang Slen memberitahu, pada awalnya, Anita menghubungi adiknya iaitu Shuib Taib. Secara kebetulan dia berada di situ lalu terus berbual dengan Anita sekali gus melepaskan rindu yang selama ini tidak terucap.

“Akhirnya sesudah 12 tahun berlalu, dapatlah Abang Slen mendengar suara yang sangat-sangat dirindui – Kak Nita dan suami, Abg Mahathir – yang mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin, sambil bertanya khabar diri abangg melalui panggilan telefon kepada adiknya, Shuib Taib.

“Saya terkejut apabila Kak Nita sudi berbual dengan saya melalui telefon. Perkara pertama yang terlintas dalam fikiran saya, nak tanya bagaimana kesihatannya sekarang dan Alhamdulilah, Kak Nita dan Abang Mahathir dalam keadaan sihat. Dari suara Kak Nita sendiri sudah cukup membuktikan Kak Nita kini sihat dan sangat bahagia.” katanya kepada Murai.MY.

Menurut Abang Slen lagi, Kak Nita berasa sangat sedih dengan khabar angin dan berita tidak betul mengenai dirinya dan suaminya.

“Kak Nita ada meluahkan rasa sedih dan kecewa setelah membaca artikel tempatan mengenai desas-desus mengenai rumahtangganya. Malah beliau juga terkejut dengan khabar angin mendakwa dirinya sedang sakit.”

Roslen via Murai.MY

Abang Slen berkata lagi, Anita sempat meminta agar menyampaikan salam dan ucapan Selamat Hari Raya kepada semua kenalannya yang berada di Malaysia.

Kredit gambar: Google/@slenfadzli

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.