“Itu Zapin, Tapi Silap Sikit”- Baby Shima Perjelaskan Video Tular Menari Gelek Di Media Sosial

Penyanyi dangdut Malaysia, Baby Shima sekali lagi menjadi bualan hangat netizen apabila tular di media sosial video tarian ‘gelek’ di sebuah majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Dimuat naik di TikTok, video berkenaan ternyata menarik perhatian netizen sekaligus mengundang kecaman ramai.

Walaupon telah memberi penjelasan di laman sosial, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli tetap dituduh sengaja mencetuskan kontroversi.

Menurut penyanyi yang berusia 29 tahun itu, tarian sebenar yang dilakukan oleh dirinya adalah zapin dan bukannya ‘gelek’ seperti apa yang diperkatakan oleh netizen. Sudut kamera pulak menjadi punca kenapa dirinya kelihatan seperti itu.

Sebelum ini, Shima ada menjelaskan isu terbabit, namun ruangan komen terus dipenuhi dengan komen negatif oleh netizen.

@babyshimaofficial

🤦🏽‍♀️🤦🏽‍♀️ramai bising2 katanya disebabkan shima bergelek pada lagu raya.. padahal Shima zapin lah… #babyshima #fyp

♬ original sound – Babyshima – Babyshima

Sudut kamera buatkan tarian seperti gelek

“Macam mana pula boleh kata saya cari kontroversi, yang post dan kongsikan video itu adalah netizen dan diambil pula oleh media.

“Bila dah keluar di blogger dan portal hiburan, saya jelaskan di laman sosial saya, sebagai seorang penyanyi takkan saya nak berdiri diam tegak sahaja.

“Tambahan pula sudut kamera ambil dari tepi dan zoom, jadilah isu. Padahal bagi saya tak ada isu pun dan banyak lagi yang menari lebih seksi dari saya,” katanya kepada mStar.

Nak tahan dari terbuang angin

Malah dia turut mengakui tindakannnya cuba menahan dari terbuang ‘angin’ membuatkan keadaan menjadi sebegitu.

“Lagipun sebenarnya saya nak tahan kentut, tu jadi macam tu” kata Baby Shima lagi.

Namun rata-rata netizen menganggap penyanyi lagu ‘Lalai’ itu sengaja melakukan kontroversi kerana ingin menarik perhatian orang ramai.

Mengambil keputusan untuk tidak menjelaskan dengan lebih lanjut

Pada masa yang sama, Baby Shima mengambil keputusan untuk tidak menjelaskan dengan lebih lanjut berkenaan isu terbabit kerana tetap akan dianggap salah dimata netizen.

“Selagi nama manusia, ada saja yang tak kena. Kita terangkan macam ini, merek pusing ke arah lain lagi. Tak apa lah yang penting mereka bahagia dan saya tak kacau hidup orang.

“Kadang-kadang saya malas nak beri penjelasan sebab apa saja kenyataan yang keluar, semuanya akan menjadi salah,” ujarnya lagi.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

2 days ago