Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Penyanyi, Fareez Fauzi terpaksa berehat seketika dari dunia seni selepas mengalami patah tangan kiri pada minggu lalu.
Difahamkan insiden itu berlaku selepas Fareez atau nama penuhnya Muhammad Fareez Hazwan Mohd Fauzi terjatuh ketika mahu ke tandas di rumahnya.
“Ketika itu saya tak perasan lantai basah. Ketika hendak ke bilik air, saya tergelincir dan impak jatuhan, tangan kiri saya patah,” kata Fareez ringkas.
Sehubungan dari itu, dia terpaksa berehat seketika dari aktiviti seni sementara menunggu tangannya kembali pulih.
Semakin pulih
Anak kepada pasangan pelakon Fauzi Nawawi dan Lisdawati itu bagaimanapun mengucapkan rasa syukur kerana keadaan tangannya semakin pulih dan begitu teruja untuk kembali aktif bekerja.
“Alhamdulillah, tangan yang patah semakin okey dan kian sembuh, tunggu masa nak buka simen je,” tambah bekas juara Mentor Milenia itu lagi.