“Tak Hormat Langsung” – Gurauan ‘Jodoh’ Rosyam Dengan Shuib Sewaktu AME 2021 Dikecam Netizen [Video]
Soalan dengan nada gurauan itu dibangkitkan Rosyam Nor ketika kedua-dua selebriti itu digandingkan sebagai penyampai anugerah bagi salah satu kategori di AME.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui semalam (29 Mei) telah berlangsungnya Anugerah Meletop Era 2021 (AME2021) di Pusat Konvensyen Antrabangsa Putrajaya (PICC) yang disiarkan secara siaran langsung di Astro Ria dan juga di YouTube.
Namun di sebalik kemeriahan acara berprestij tersebut, media sosial menjadi ‘panas’ gara-gara soalan ‘maut’ yang diajukan pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor kepada pelawak, Shuib Sepahtu mengenai statusnya sebagai seorang duda selepas kehilangan isteri tercinta, Arwah Siti Sarah Raisuddin.
Soalan berbentuk gurauan itu dibangkitkan Rosyam ketika kedua-dua selebriti itu digandingkan sebagai penyampai anugerah bagi salah satu kategori di AME.
“Tapi apa yang semua orang kat luar cakap sekarang ni, kau sekarang duda terhangat di pasaran.
“Kadang-kadang hujan tu kena ada payungnya. Bila nak berpayung,” ujar Rosyam.
“Payung apa?” soal Shuib ringkas.
Sambil ketawa, Rosyam kemudian bertanya, “Dah ada ke belum? Dah 8 bulan kan?” soalnya kepada Shuib.
Shuib kemudian menjawab ringkas sambil tersenyum : “Dah 10 bulan Datuk.”
@imranimlap #AME2021 #fyp #TetibaAME2021 #YangFreshYangLegend ♬ original sound – imran imlap
Perkara tersebut kemudiannya diketengahkan seorang pengguna Twitter, @aza_mikitty yang mengecam tindakan Rosyam yang menurutnya telah menimbulkan rasa kurang selesa kepada Shuib apatah lagi perbualan tersebut berlangsung di atas pentas dan disaksikan orang ramai.
“Di saat aku ingat kita dah semakin bagus Rosyam Nor bertanya kepada Shuib dalam siaran TV, ‘Kau duda terhangat sekarang. Dah 8 bulan ni kan, ada pengganti?’.
“Shuib nampak begitu tidak selesa tapi menguruskannya dengan cara profesional, tapi Rosyam Nor terus mengasaknya untuk jawapan,” ciap pengguna Twitter itu.
Ramai turut luah perkara sama
Ciapan tersebut ternyata menarik ribuan ulang kicau dan 8,000 tanda suka selain mencetuskan perdebatan di media sosial.
Rata-rata bagaimanapun menyifatkan pelakon terkenal itu sebagai biadap serta langsung tidak menjaga perasaan Shuib yang baru 10 bulan kehilangan isteri.