fbpx
Rosyam Nor Shuib Sepahtu

“Saya Anggap Sebagai Satu Gurauan Sahaja” – Shuib Tidak Ambil Hati Kata-Kata Rosyam Nor

Shuib turut membahas mengenai tindakan netizen yang mempertikaikan tindakan Datuk Rosyam yang dikatakan tidak menjaga sensitiviti.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelawak terkenal, Shuib Sepahtu tampil menjelaskan beliau tidak terasa hati dengan apa yang dikatakan oleh Datuk Rosyam Nor pada minggu lalu ketika berada di atas pentas Anugerah Meletop Era (AME) 2021.

Menurut laporan Astro Gempak, Shuib Sepahtu menganggap apa yang dikatakan oleh Datuk Rosyam itu hanyalah satu gurauan.

Jelas Shuib, hubungannya bersama Datuk Rosyam Nor begitu rapat malah dia turut menjadikan Datuk Rosyam Nor itu sebagai idolanya dalam industri seni mahupun dalam dunia perniagaan.

“Berkenaan dengan isu, saya anggap sebagai satu gurauan sahaja. Saya sendiri kenal lama dengan Datuk Rosyam, seperti berurus niaga dengan beliau berjualan ayam kampung.

“Sebelum beri anugerah itu pun saya dah berborak dengan beliau. Kami juga ada berbual tentang arwah isteri saya.

“Datuk Rosyam pun kenal arwah sejak kecil dan saya tak rasa ia sebagai satu isu pun. Saya hormat beliau sebagai idola dalam industri dan juga dalam dunia perniagaan,” ujarnya.

“Rosyam Nor banyak beri inspirasi pada saya”

Pada masa yang sama, Shuib turut membahas mengenai tindakan netizen yang mempertikaikan tindakan Datuk Rosyam yang dikatakan tidak menjaga sensitiviti.

“Mungkinlah netizen dan orang luar anggap perkataan yang dituturkan oleh Datuk Rosyam tidak sedap di telinga mereka. Mereka berhak untuk anggap apa sahaja.

“Tapi apa-apa pun, saya minta maaf kalau ada salah silap. Saya sayang Datuk Rosyam sebab banyak beri inspirasi kepada saya,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Datuk Rosyam dikecam teruk oleh netizen di media sosial gara-gara soalan ‘maut’ yang diajukannya kepada Shuib mengenai statusnya sebagai seorang duda selepas kehilangan isteri tercinta.

Soalan berbentuk gurauan itu dibangkitkan Datuk Rosyam ketika kedua-dua selebriti itu digandingkan sebagai penyampai anugerah bagi salah satu kategori di AME.

Ironi mereka berdua berdialog mengikut skrip dan bergurau secara spontan saat berganding bersama.

Baca artikel berkaitan:

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.