fbpx
Now Reading
Suria FM Kini Catat Lebih 3.4 Juta Pendengar Setiap Minggu

Suria FM Kini Catat Lebih 3.4 Juta Pendengar Setiap Minggu

Angka tersebut sekaligus menunjukkan peningkatan jumlah pendengar seramai 350,000 orang atau sebanyak 11%.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kerja keras dan komitmen tinggi pengurusan dan barisan penyampai Suria FM nampaknya telah membuahkan hasil apabila berjaya menarik lebih daripada 3.4 juta pendengar seminggu sekaligus mencatatkan peningkatan jumlah pendengar sebanyak 11% atau 350,000 pendengar.

Berdasarkan keputusan terbaru kaji selidik GfK Pengukuran Pendengaran Radio, Wave 1 2022, segmen Team Pagi Suria gabungan Ajak, Fizi Ali dan Suraya Borhan yang ke udara pada Isnin – Jumaat jam (6.00 pagi hingga 10.00 pagi) turut mengekalkan takhta peningkatan pendengar mingguan tertinggi sekali lagi iaitu sebanyak 18% daripada pengukuran (Wave) sebelumnya dan juga peningkatan pendengar eksklusif tertinggi sebanyak 22% di antara semua stesen radio berbahasa melayu untuk Wave 1, 2022.

Segmen ‘Suria Cinta’ yang dihoskan oleh DJ LIN, kekal sebagai segmen radio yang mempunyai tempoh masa mingguan tertinggi dihabiskan untuk mendengar (TSL) di antara stesen radio komersial berbahasa Melayu iaitu selama 2 jam 40 minit sepanjang Ahad hingga Jumaat dari jam 8.00 malam hingga 1.00 pagi.

Manakala slot ‘Gaya Suria’ kelolaan Cik Piah pada Isnin -Jumaat (10.00 pagi hingga 1.00 tengahari) dan Suria Petang yang dikendalikan oleh Sharifah Shahirah dan Tyzo pada Isnin – Jumaat (3.00 petang hingga 7.00 malam) telah mencatatkan trend peningkatan pendengar mingguan yang konsisten dan tertinggi dari sisi tempoh masa mingguan dihabiskan untuk mendengar (TSL) Segmen Gaya Suria dan Suria Petang antara 3 stesen berbahasa melayu komersial yang mencatatkan pendengar mingguan tertinggi berbanding segmen-segmen di slot masa yang sama.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Cik Roslinda Abd Majid atau DJ Lin, kejayaan yang diperolehi ini adalah hasil kerjasama padu yang diberikan oleh semua anak anak buahnya di Suria FM.

“Dibantu dengan formula yang berkesan, fokus yang tinggi serta komitmen terbaik, alhamdulillah hasilnya sangat menggembirakan. Kami di Suria sentiasa bersyukur dan akan berusaha untuk terus meneroka idea baharu sejajar dengan perkembangan teknologi digital masa kini.

“Kami sentiasa komited untuk meningkatkan prestasi radio dari segala aspek khususnya digital dan dengan peningkatan jumlah pendengar sebanyak 11% ini serta sambutan luar biasa bagi seleksi program raya Suria yang kami pertaruhkan pada tahun ini pastinya akan menjadi pemangkin semangat untuk kami terus menghasilkan produk Suria yang berkualiti demi memenuhi kehendak serta kepuasan pendengar,” kata beliau lagi.

Dalam pada itu, DJ Lin turut berterima kasih kepada semua pendengar setia yang menjadikan Suria radio pilihan dan sentiasa dekat dihati mereka.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.