fbpx
Now Reading
“Doakan Bisnes Ibu Berjaya” – Hidayah Sebak Ternampak Kereta Arwah Abam Atas Jalan [Video]

“Doakan Bisnes Ibu Berjaya” – Hidayah Sebak Ternampak Kereta Arwah Abam Atas Jalan [Video]

Hidayah turut memberi tahu bahawa kereta tersebut dibeli oleh arwah suaminya untuk keselesaan anaknya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebuah video yang dimuat naik ke laman Tiktok milik balu Arwah Abam iaitu Noor Hidayah Muhd Ali atau lebih mesra disapa Hidayah, menunjukkan rasa sedihnya apabila beliau secara kebetulan terserempak dengan kereta bekas milik arwah suaminya, semalam (8 Jun).

Menerusi perkongsiannya, kereta jenis Toyota Vellfire itu menyimpan beribu kenangan bersama arwah Abam Bocey dan sekarang hanya tinggal kenangan.

@hidayah_hamzah

Hanya tinggal Kenangan Kereta Arwah Suami..Bila hamzah dah besar Ini la Kereta Ayah, Ayah penah cakp Kereta ini untuk keselesaan anaknya.. Doakan Bisness Ibu berjaya ❤️🥰#hanyatinggalkenangan #keretapenuhkenangan #dieyabeauty

♬ Kenangan Terindah – SAMSONS

“Ternampak kereta arwah suami BNP 639 hanya tinggal kenangan, Hamzah nanti doakan bisnes ibu berjaya boleh ibu beli kereta macam arwah ayah,” menerusi kapsyen video.

Hidayah turut memberi tahu bahawa kereta tersebut dibeli oleh arwah suaminya untuk keselesaan anaknya.

Video yang berdurasi 23 saat itu telah mendapat jumlah tontonan sebanyak 2.7 juta dan 225.6 ribu tanda suka setakat hari ini.  

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut terkesan dan berasa sedih selepas melihat video yang dikongsikan itu.

Abam dan Hidayah telah berkahwin pada pada 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Syed Uthman Hamzah Al Juffrey yang kini berusia dua tahun.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas pada usia 32 tahun.

Pemergian pelawak terkenal itu telah mengemparkan Malaysia, di mana rata-rata peminat meluahkan rasa sedih dan terkejut di atas kehilangannya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.