fbpx
Now Reading
Jangan Lepaskan Peluang! Review Siri Viu Original ‘Seribu Nina’ Dan Menang RM1,000!

Jangan Lepaskan Peluang! Review Siri Viu Original ‘Seribu Nina’ Dan Menang RM1,000!

5 pemenang yang menghasilkan review paling kreatif akan menerima wang tunai berjumlah RM1,000.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Viu baru sahaja melancarkan siri Viu Originals terbaharu mereka yang bertajuk Seribu Nina, dibintangi oleh Adriana Adnan, Syafiq Kyle dan Marsha Milan.

Yang menariknya bersempena dengan pelancaran Seribu Nina ini, Viu turut melancarkan peraduan “Review dan Menang” bermula 1 Jun hingga 10 Jun 2022 di mana 5 pemenang bertuah akan menerima wang tunai berjumlah RM1,000.

Bagaimana caranya ?

Anda hanya perlu memuat naik video Review siri Seribu Nina di platform media sosial anda sama ada di Facebook, Instagram atau TikTok dan tag @viumalaysia bersama tanda pagar #SeribuNina #ViuOriginal.

Penghantar review terawal akan menerima jemputan ke sesi Meet & Greet bersama Adriana Adnan pada 14 Jun di Secret Recipe, Alamanda Putrajaya dan barangan eksklusif Viu Malaysia & Seribu Nina.

Lima review paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang wang tunai berjumlah RM1,000 setiap seorang. Tertakluk kepada terma dan syarat.

3 Fakta menarik tentang Seribu Nina

Buat anda yang belum menonton Seribu Nina di Viu mari kami kongsikan beberapa fakta menarik tentang siri ini :

#1 Gabungan pertama kali trio Adriana Adnan, Syafiq Kyle, dan Marsha Milan dalam satu drama.

Adriana Adnan memegang watak sebagai  Nina, seorang barista di Cafe Roman yang menyimpan satu rahsia.

Watak dan pelakon lelaki utama siri ini pula ialah Syafiq Kyle, yang mendapat pujian atas lakonannya di dalam siri Nur, dan merupakan pemenang Pelakon TV Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 pada tahun 2019. Syafiq memegang watak Amar, seorang pensyarah muda yang skema.

Trio ini disempurnakan oleh pemenang anugerah Persembahan Terbaik dan naib juara Anugerah Juara Lagu 2022, Marsha Milan. Marsha memegang watak Didi, seorang pemburu upahan yang diberi misi menjejak Nina.

#2 Drama romantik, campur sci-fi?

Ini bukan lagi drama romantik Melayu yang biasa. Dengan tambahan aspek fiksyen merentas dimensi, tentunya sebuah drama romantik fantasi yang dinantikan! Amar dan Didi mengejar Nina merentas berbagai dimensi yang berbeza, setiap satunya merupakan dunia yang unik.

Antara dimensi yang diceburi termasuklah dimensi di mana tiada lelaki, dimensi primitif berpuak, dan dimensi berdukun tanpa bidang perubatan moden. Amar berjumpa pelbagai versi Nina dalam setiap dimensi yang direntasinya, dan mula berubah fikiran tentang Nina.

#3 Lain dimensi, Lokasi yang sama

Antara cabaran yang paling ketara untuk produksi Viu Original ialah mengolah landskap lokasi apabila watak-watak Seribu Nina merentas ke dimensi lain. Ini boleh dilihat menerusi babak melibatkan Kafe Roman di mana Nina bekerja, yang diolah mengikut keadaan setiap dimensi. 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.