PA Fify Azmi Nafi Kebas RM15,000, Tapi Tak Perasan Duit Masuk Dalam Akaun [Video]

Sejak dua hari lalu, peminat dunia hiburan hangat memperkatakan mengenai luahan pelakon dan pengacara, Fify Azmi yang mendakwa ditipu seorang wanita yang juga pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Nora.

Fify yang tampil menerusi satu perkongsian di IG Live mendakwa Nora telah mengambil bayaran berjumlah RM15,000 bagi pihaknya secara senyap-senyap untuk satu projek bersama sebuah syarikat produksi.

Mengakui kecewa dengan perkara tersebut, pengacara Podcast Malam Jumaat itu kemudiannya tampil membuat satu laporan di Balai Polis Subang Jaya berhubung isu berkenaan.

“Bukan larikan duit.. tapi tak sedar duit masuk akaun..”

Terbaharu, Nora tampil menafikan dakwaan yang dia melarikan wang tersebut sebaliknya ia hanyalah satu faham.

Menerusi laporan Harian Metro, wanita berkenaan mendakwa ada berlaku kecuaian dari pihaknya sehingga dia tidak menyedari bahawa syarikat produksi terlibat iaitu Skop Production sudah pun memasukkan bayaran itu ke dalam akaun bank miliknya.

Dia turut menafikan dakwaan yang dia sengaja melarikan diri dari Fify apatah lagi mereka berdua bekerja dalam bidang yang sama.

“Saya tak pernah lari dan ada balas mesejnya tapi lambat sebab ada urusan kerja lain. Berkenaan dengan bayaran itu, sebenarnya ada salah faham dan saya pun sudah jelaskan kepada Fify.

“Saya mengaku memang kecuaian daripada pihak saya. Saya tak perasan pihak produksi sudah memasukkan bayaran Fify ke dalam akaun saya kerana biasanya semua bayaran dimasukkan ke dalam akaun Fify,” katanya.

Bayaran masuk kepadanya kerana Fify tak pandai keluarkan invois

Tambah wanita itu lagi, ianya berlaku kerana pelakon itu tidak tahu bagaimana untuk mengeluarkan invois.

“Cuma kali ini saja masuk akaun saya sebab membabitkan invois. Fify tak tahu nak buat invois, jadi saya buatkan guna nama syarikat saya sebab itu produksi masukkan bayaran dalam akaun saya.

“Pihak produksi tak maklumkan saya mengenai bayaran yang sudah dimasukkan dalam akaun saya. Saya pula tak periksa akaun dan memang silap saya,” katanya.

Namun dia sama sekali tidak menyangka Fify akan menularkan perkara tersebut memandangkan mereka sudah berbincang mengenainya.

Mengaku terpakai duit sebab tak perasan

“Saya mengaku mungkin saya ada terpakai duit daripada bayaran itu sebab tak perasan. Namun, saya sudah beritahu dan jelaskan kepada Fify yang saya akan bayar secara ansuran.

“Atas persetujuan, saya hanya kena bayar RM12,000 kepada Fify. Saya ingatkan semuanya sudah dijelaskan sebab kali terakhir kami berhubung tiga hari lalu dan masing-masing terus senyap,” katanya lagi.

Turut buat laporan polis

Menerusi laporan sama, Nora turut memaklumkan yang dia juga sudah membuat laporan polis terhadap Fify. Dia bagaimanapun enggan berkongsi lebih lanjut mengenai perkara itu kepada media.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

14 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

14 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

14 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

14 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

16 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

16 hours ago